awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: Hakimi mohon maaf kepada Infantino selepas konfrontasi dengan presiden FIFA

Astro Arena
Astro Arena
18/12/2022
23:15 MYT
Piala Dunia Qatar: Hakimi mohon maaf kepada Infantino selepas konfrontasi dengan presiden FIFA
Achraf Hakimi (kanan) berinteraksi dengan Abdulrahman di penghujung perlawanan penentuan tempat ketiga Piala Dunia antara Croatia dan Maghribi di Khalifa International Stadium, Doha, Qatar, 17 Dis 2022. (Foto AP)
ACHRAF Hakimi telah memohon maaf kepada Gianni Infantino berikutan konfrontasinya dengan presiden FIFA itu.
Pertahanan Maghribi itu dilaporkan mempersoalkan Infantino mengenai tahap pengadilan di pentas Piala Dunia berikutan kekalahan Atlas Lions kepada Croatia dalam penentuan tempat ketiga.
Skuad kendalian Walid Regragui dinafikan penalti menentang naib juara 2018 apabila tandukan Youssef En-Nesyri terkena Bruno Petkovic, manakala cabaran Ibrahima Konate ke atas Sofiane Boufal juga tidak dihukum dalam kekalahan separuh akhir kepada Perancis.
Hakimi, yang turut berdepan dengan pengadil, Abdulrahman Al-Jassim, sejak itu menyatakan kekesalan terhadap insiden itu, dengan pemain pertahanan Paris Saint-Germain itu mengakui kekecewaannya telah memuncak.
Thank you for giving it all, thank you for MAKING US PROUD, thank you for making HISTORY pic.twitter.com/9AIxIB1izA
— Équipe du Maroc (@EnMaroc) December 17, 2022
"Tiada apa-apa yang berlaku," katanya.
"Saya marah selepas tamat perlawanan. Saya pergi bercakap dengannya, dan saya memohon maaf atas kata-kata yang saya luahkan kepadanya. Dia kawan saya dan saya sangat menghormatinya, jadi tiada apa yang berlaku."
Maghribi menjadi negara Afrika pertama yang mara ke separuh akhir Piala Dunia, setelah mengungguli Kumpulan F mengatasi Belgium dari Croatia, sebelum mengatasi Sepanyol dan Portugal masing-masing dalam pusingan 16 dan suku akhir.
Topic Berkaitan
#Piala Dunia 2022
#Achraf Hakimi mohon maaf
#Gianni Infantino
#pengadil Abdulrahman Al-Jassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan