SPORTS

Piala Dunia Qatar: Hatrik Ramos bawa Portugal ke suku akhir

Astro Arena 06/12/2022 | 23:30 MYT
Aksi Goncalo Ramos (kanan) meraikan kejayaan menjaringkan gol ketika perlawanan Piala Dunia pusingan 16 antara Portugal dan Switzerland, di Stadium Lusail, Lusail, Qatar, 6 Dis 2022. (Foto AP)
MELETAKKAN Cristiano Ronaldo di bangku simpanan berhasil sepenuhnya selepas penggantinya, Goncalo Ramos, meledak hatrik untuk memimpin Portugal ke suku akhir Piala Dunia Qatar dengan kemenangan 6-1 ke atas Switzerland awal pagi tadi.
Fernando Santos berang dengan sikap Ronaldo selepas digantikan dalam kekalahan mereka kepada Korea Selatan dan jurulatih veteran itu mengambil kesempatan untuk meletakkan pemain berusia 37 tahun itu di bangku simpanan pada hari Selasa.
Ramos mengambil masa 17 minit untuk melakukan apa yang tidak pernah dilakukan Ronaldo untuk Portugal: menjaringkan gol dalam perlawanan kalah mati Piala Dunia, dan dia akhirnya akan menyumbang empat gol.
Pepe, kapten dalam ketiadaan Ronaldo, mendapat gol kedua Portugal dan Ramos juga melakukan bantuan jaringan buat Guerreiro, dengan jaringan saguhati untuk Switzerland terhasil menerusi Manuel Akanji sebelum jaringan hatrik Ramos dan gol lewat Rafael Leao melengkapkan perjalanan Portugal ke suku akhir.
LAMAN MIKRO PIALA DUNIA FIFA 2022 DI SINI
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Cristiano Ronaldo #Piala Dunia 2022 #Portugal #Goncalo Ramos