awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: Jepun kekal status pasukan Asia 'pembunuh gergasi' benam Jerman

Astro Arena
Astro Arena
23/11/2022
16:01 MYT
Piala Dunia Qatar: Jepun kekal status pasukan Asia 'pembunuh gergasi' benam Jerman
Jepun mengekalkan status pasukan Asia sebagai pembunuh gergasi dalam Piala Dunia Qatar 2022 apabila menewaskan Jerman 2-1. - Foto AP
JEPUN mengekalkan status pasukan Asia sebagai pembunuh gergasi dalam Piala Dunia Qatar 2022 apabila menewaskan Jerman 2-1 dalam perlawanan Kumpulan E di Stadium Antarabangsa Khalifa sebentar tadi.
Selepas Arab Saudi mencipta kejutan dengan menewaskan pasukan pilihan, Argentina, 2-1 semalam, kini gelaran Jepun melakukan perkara sama ke atas Jerman dengan skrip yang hampir serupa.
Jika Lionel Messi membuka jaringan menerusi sepakan penalti pada awal babak pertama semalam, hari ini, Ilkay Gundogan turut membuka jaringan buat Jerman pada minit ke-33, juga menerusi sepakan penalti.
Bagaimanapun, keyakinan Die Mannschaft bimbingan Hansi Flick mula goyah apabila Jepun mempamerkan aksi lebih tersusun dan berdisiplin dalam separuh masa kedua.
Dan keyakinan itu mula runtuh sebaik pemain gantian, Ritsu Doan, menyamakan kedudukan pada minit ke-75.
Tergugat dengan jaringan itu, Jerman mula menukar gaya pemain 'santai' mereka untuk melakukan lebih serangan tetapi segalanya kelihatan tidak menjadi.
Jerman akhirnya menerima padah apabila seorang lagi pemain gantian, Takuma Asano, meledakkan gol kemenangan Samurai Biru susulan satu hantaran jauh daripada sepakan percuma, di mana dia bijak menewaskan Manuel Neuer dari sudut sukar di sebelah kiri penjaga gol itu.
Jepun seterusnya akan meneruskan saingan peringkat kumpulan dengan menentang Costa Rica manakala Jerman pula akan berentap dengan satu lagi pasukan pilihan, Sepanyol.
Topic Berkaitan
#Piala Dunia 2022
#Jepun
#Jerman
#pembunuh gergasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan