awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: Karim Benzema cedera, sah terlepas kempen bersama Perancis

Astro Arena
Astro Arena
20/11/2022
00:52 MYT
Piala Dunia Qatar: Karim Benzema cedera, sah terlepas kempen bersama Perancis
Karim Benzema ketika sesi latihan di stadium Jassim Bin Hamad di Doha, Qatar, 19 Nov 2022. (Foto AP)
KARIM Benzema akan terlepas saingan Piala Dunia Qatar 2022 selepas penyerang Perancis itu mengalami kecederaan sehari sebelum kejohanan itu membuka tirai malam ini.
Kapten Real Madrid itu, yang tidak bersama Les Bleus ketika bergelar juara dunia di Russia pada 2018, pada awalnya dijangka akan memainkan peranan besar buat skuad asuhan Didier Deschamps berkenaan dalam edisi kali ini.
Benzema memenangi Anugerah Ballon d'Or bulan lalu selepas melewati musim 2021-22 dengan penuh gemilang, di mana dia menjaringkan 44 gol dalam 46 perlawanan bersama Madrid dan membantu pasukan gergasi Sepanyol itu memenangi LaLiga dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Bagaimanapun, dia kerap terganggu dengan masalah kecederaan musim ini dan paling menyedihkan buat pemain 34 tahun itu adalah dia mengalami kecederaan sehari sebelum majlis pembukaan Piala Dunia.
Benzema hanya dapat menyertai latihan penuh Perancis semalam selepas mengalami masalah otot tetapi dia tidak dapat menamatkan sesi itu kerana kecederaan.
Dia kemudian menjalani pemeriksaan sebelum disahkan terpaksa disisihkan daripada kejohanan itu.
Persekutuan Bolasepak Perancis berkata dalam satu kenyataan: "Karim Benzema terpaksa menarik diri daripada Piala Dunia kerana kecederaan paha. Seluruh pasukan ini dapat rasakan kekecewaan Karim dan mendoakannya agar segera sembuh."
Topic Berkaitan
#Karim Benzema
#piala dunia qatar
#Perancis
#cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan