awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: Pemain Arab Saudi terima hadiah Rolls-Royce Phantom

Sinar Harian
Sinar Harian
24/11/2022
04:30 MYT
Piala Dunia Qatar: Pemain Arab Saudi terima hadiah Rolls-Royce Phantom
Untuk rekod, harga semasa bagi sebuah Rolls-Royce Phantom bernilai AS$460,000 atau sekitar RM2 juta.- Gambar hiasan/Royce Motorcars
PEMAIN Arab Saudi menerima durian runtuh apabila dilaporkan akan menerima sebuah Rolls-Royce Phantom setiap seorang selepas kejayaan menewaskan Argentina 2-1 pada Piala Dunia Qatar 2022.
Menurut beberapa laporan media antarabangsa, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud akan memberi hadiah itu sebagai tanda penghargaan sebagai ganjaran atas kerja keras yang ditampilkan oleh mereka.
Untuk rekod, harga semasa bagi sebuah Rolls-Royce Phantom bernilai AS$460,000 atau sekitar RM2 juta.
Selain diberikan hadiah kereta mewah kepada setiap pemain, Mohammed Bin Salman juga dilaporkan akan menghadiahkan setiap pemain wang sebanyak AS$1 bilion (RM4.5 bilion) sebagai tanda ucapan terima kasih daripada pihak kerajaan.
Pada Selasa, Arab Saudi menamatkan rekod 36 perlawanan tanpa kalah yang dimiliki oleh Argentina yang menyaksikan skuad kendalian Hervé Renard meraih kemenangan dengan keputusan 2-1.
Ketua pasukan Argentina, Lionel Messi menyudahkan sepakan penalti susulan kekasaran yang dilakukan Saud Abdulhamid terhadap pemain tengah, Leandro Paredes. Kedudukan 1-0 kekal sehingga rehat separuh masa pertama.
Mimpi ngeri Argentina bermula pada minit ke-48 apabila percubaan kaki kiri Saleh Al-Shehri dalam kawasan penalti selepas menerima hantaran Feras Al-Brikan berjaya membolosi gawang Argentina yang dikawal Emiliano Martinez.
Topic Berkaitan
#piala dunia qatar
#pemain Arab Saudi
#kalahkan Argentina
#Rolls Royce
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan