awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: Polis tahan 35 penyokong akibat merusuh

Sinar Harian
Sinar Harian
02/12/2022
02:40 MYT
Piala Dunia Qatar: Polis tahan 35 penyokong akibat merusuh
Polis berkawal ketika peminat Maghribi meraikan kejayaan pasukan benua Afrika itu di jalanan Brussels, Belgium pada Khamis. - Foto AP
KEGEMBIRAAN para penyokong The Atlas Lions meraikan kemaraan Maghribi ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 di Qatar berakhir dengan rusuhan yang menyaksikan penahanan 35 orang di Antwerp, Belgium pada Khamis.
Polis menutup bahagian kawasan Turnhoutsebaan di Borgerhout dan Sint-Bernardsesteenweg di Hoboken, selepas orang ramai mula turun meraikan kemenangan Maghribi menentang Kanada, dengan sebahagian daripadanya membakar bunga api.
Pekerja sosial dan pemimpin masyarakat setempat juga cuba mengelakkan konfrontasi para penyokong dengan membentuk rantaian manusia di persimpangan Turnhoutsebaan dan Ommeganckstraat.
Bagaimanapun, terdapat beberapa penyokong bertindak agresif apabila membaling bunga api dan menghalang jalan di kedua-dua lokasi, menurut polis.
Di Sint-Bernardsesteenweg, polis terpaksa mengunakan meriam air selepas pegawai berpakaian biasa dikepung, menyaksikan lima penyokong ditahan.
Di Turnhoutsebaan pula, pihak berkuasa menahan dalam kalangan 30 perusuh dalam insiden yang menyaksikan tiga pegawai polis mengalami kecederaan.
“Adalah amat dikesalkan mereka menjadi mangsa bunga api dan dibaling dengan batu,” kata jurucakap polis, Willem Migom. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Piala Dunia 2022
#penyokong
#rusuhan
#ditahan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan