SEMANGAT Cristiano Ronaldo kini berkobar-kobar berikutan berjuta-juta orang memandang tinggi kepadanya menjelang Piala Dunia Qatar 2022 selepas wawancara kontroversinya dengan Piers Morgan disiarkan.
Temu ramah yang disiarkan di TalkTV, Ronaldo berusaha keras untuk menamatkan penghijrahan keduanya di Manchester United.
Di antara pelbagai topik, Ronaldo membincangkan perasaannya "dikhianati" oleh kelab itu selain tidak menghormati pengurus, Erik ten Hag - malah dia menyasarkan bekas rakan sepasukannya, Wayne Rooney.
Ronaldo berdepan digugurkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu Januari depan walaupun buat masa ini tumpuannya terarah kepada mengetuai Portugal di Qatar sambil mereka akan membuka kempen mereka di negara teluk berkenaan bermula menentang Ghana, tengah malam Jumaat ini.
Iker Casillas kemudian membela bekas rakan sepasukannya di Real Madrid itu kelmarin apabila memberitahu Marca bahawa dia sentiasa ingin memiliki khidmat pemain berusia 37 tahun berkenaan dalam pasukannya, malah percaya Ronaldo adalah calon pemenang Kasut Emas kempen di Qatar sambil mencadangkan pengkritiknya terlalu mudah lupakan pencapaian bintang Portugal tersebut.
Dalam sidang akhbar di pangkalan latihan Portugal semalam, Ronaldo berkata: "Saya bersetuju dengan pendapat Casillas dan saya berharap dapat membuktikan bahawa kami mampu memadam segala kritikan itu.
"Terdapat berjuta-juta orang yang menggemari saya. Itulah yang mendorong saya. Tiada wang yang mampu membelinya. Ia membawa kegembiraan buat kanak-kanak.
"Ia bergantung kepada pihak anda (media). Kadang-kadang anda menulis tentang kebenaran, ada kala anda menulis pembohongan.
"Saya tidak perlu risau dengan pendapat orang lain. Saya bercakap apabila saya mahu.
"Kakitangan, pemain, semua orang mengenali saya, mereka tahu apa yang saya fikirkan, mereka mengenali saya sejak saya berumur 11 tahun, mereka tidak akan dipengaruhi oleh apa yang pengkritik katakan." - Stadium Astro
Astro Arena
Mon Nov 21 2022
Ronaldo bersetuju dengan pendapat Casillas dan berharap dapat membuktikan bahawa pasukannya mampu memadam segala kritikan itu. - Foto Stadium Astro
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Neymar sepatutnya menang lima Ballon d'Or - Buffon
Gianluigi Buffon percaya Neymar seharusnya memenangi sekurang-kurangnya lima anugerah Ballon d'or dalam karier bola sepaknya.
Gol akrobatik Cristiano Ronaldo warnai kemenangan Portugal
Pemenang Ballon d'Or lima kali itu melengkapkan hantaran silang Vitinha dengan jaringan akrobatik mengatasi Marcin Bulka.
Cristiano Ronaldo tidak letak pelan jangka masa panjang
Cristiano Ronaldo telah mengakui tidak boleh memikirkan terlalu jauh lagi ketika dia menghampiri usia 40-an.
ACLE: Arif Aiman tangga teratas jumlah percubaan tepat, Cristiano Ronaldo keempat
Arif Aiman kekal sebagai pemain yang mempunyai jumlah percubaan tepat terbanyak dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) ketika ini.
Ronaldo nafi beraksi di Liga Pro Saudi kerana wang
Ronaldo menjelaskan bahawa perpindahannya ke Liga Pro Saudi bukan kerana wang, sebaliknya kerana minatnya yang tinggi terhadap bola sepak.
ACLE: Arif Aiman di tangga kedua, Cristiano Ronaldo kesembilan
Bintang JDT Arif Aiman kini berada di tangga kedua dalam senarai penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.
Lelaki China sanggup berbasikal tujuh bulan jumpa Cristiano Ronaldo
Seorang pemuda sanggup berbasikal dari China ke Arab Saudi untuk bertemu bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo.
ACLE: Ronaldo, Laporte pacu kemenangan Al-Nassr
Selepas tiga perlawanan, ketiga-tiganya masih belum kalah - Al-Hilal dan Al-Ahli menduduki dua tempat teratas; Al-Nassr pula di tangga keempat.
Liga Pro Saudi: Penalti Cristiano Ronaldo selamatkan maruah Al-Nassr
Jaringan Ronaldo, pada minit ke-97 memberi kemenangan 2-1 dalam perlawanan dramatik ketika menentang pasukan tuan rumah, Al-Shabab, awal pagi tadi.