awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: Siarkan kemenangan Maghribi, pengarah stesen televisyen Algeria dipecat

Faida Rahim
Faida Rahim
13/12/2022
04:30 MYT
Piala Dunia Qatar: Siarkan kemenangan Maghribi, pengarah stesen televisyen Algeria dipecat
Lounakel dipecat sehari selepas siaran langsung perlawanan pasukan Portugal menentang Maghribi dan kontroversi ini bukan kali pertama Algeria dilaporkan mempolitikkan sukan.- Foto REUTERS/Carl Recine
RABAT: Kerajaan Algeria memecat Pengarah Penubuhan Televisyen Awam (EPTV), Chabane Lounakel selepas menyiarkan kemenangan Maghribi menentang Portugal dengan skor 1-0, pada pusingan suku akhir Piala Dunia 2022, Sabtu lalu.
Memetik kenyataan dari Kementerian Komunikasi Algeria, agensi berita Algeria APS melaporkan bahawa Nadir Boukabes menggantikan Lounakel sebagai pengarah EPTV baharu.
Walau bagaimanapun, kenyataan tidak memaklumkan sebab utama di sebalik pemecatan pengarah EPTV yang dilantik sejak Mei 2021.
Lounakel dipecat sehari selepas siaran langsung perlawanan pasukan Portugal menentang Maghribi dan kontroversi ini bukan kali pertama Algeria dilaporkan mempolitikkan sukan.
Media melaporkan bahawa pengarah televisyen kerajaan telah diganti sebanyak enam kali. Tiga daripada mereka ditamatkan perkhidmatan oleh Presiden Algeria, Madjid Teboune.
Kerajaan Algeria dikatakan cuba menghalang pengaruh Maghribi terhadap rakyatnya termasuk di Piala Dunia 2022.
Terdahulu, Algeria membuat keputusan memutuskan hubungan diplomatik dengan Maghribi berikutan pertelingkahan mengenai sempadan di Sahara Barat.
Sahara Barat ialah sebuah wilayah di pantai Atlantik Afrika. Rabat menguasai 80 peratus kawasan ini, termasuk deposit fosfat dan perairan memancing.
Konflik dua negara ini semakin meruncing selepas Maghribi memilih untuk membuka hubungan diplomatik dengan Israel, sebuah negara yang dianggap Algeria sebagai musuh.
Topic Berkaitan
#Algeria
#Piala Dunia 2022
#Maghribi
#Chabane Lounakel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan