DOHA: Persekutuan Bola Sepak Iran mengemukakan bantahan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas pasukan Amerika Syarikat (AS) memuak naik gambar benderanya tanpa logo jata negara ke media sosial.

AS mendakwa penggunaan bendera tanpa jata negara Islam itu sebagai menyokong perjuangan wanita negara itu bagi hak asasi manusia.

Bendera tanpa jata negara Islam itu dimuat naik ke Twitter, Facebook dan Instagram sebelum Mesyuarat Piala Dunia pada Selasa.

Iran mendakwa tindakan itu sebagai satu tindakan tidak profesional.

Dalam reaksi segera, jurucakap Persekutuan Bola Sepak AS memberitahu, hantaran berkenaan sudah dipadam dan digantikan dengan bendera yang betul.

Bagaimanapun ia mempertahankan pendirian menyokong golongan wanita di Iran.

Protes di Iran tercetus susulan kematian Mahsa Amini, wanita berusia 22 tahun, dalam tahanan polis.

Wanita berkenaan ditahan polis moral, didakwa melanggar peraturan berkaitan pemakaian tudung.

Republik itu juga mendakwa tindakan terbaharu AS menambah kemarahan dalam kalangan penunjuk perasaan.