awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Taolu: Atlet wushu Cheong Min sambar emas di Jepun

Bernama
Bernama
26/10/2024
10:47 MYT
Piala Dunia Taolu: Atlet wushu Cheong Min sambar emas di Jepun
Cheong Min (tengah) yang juga juara dunia 2019 mengungguli pertandingan berkenaan dengan markah keseluruhan 9.770 mata. - Foto FB Wushu Federation of Malaysia
KUALA LUMPUR: Ratu wushu negara, Tan Cheong Min terus mengharumkan nama Malaysia dengan meraih pingat emas dalam acara nangun pada Piala Dunia Taolu edisi ketiga di Yokohama, Jepun, hari ini.
Cheong Min yang juga juara dunia 2019 mengungguli pertandingan berkenaan dengan markah keseluruhan 9.770 mata, meninggalkan pesaing terdekat dari Hong Kong (9.756 mata) dan Vietnam (9.646 mata) yang masing-masing meraih perak dan gangsa.
Malaysia turut membawa pulang pingat perak menerusi Calvin Lee Wai Leong yang mencatat keseluruhan 9.760 mata dalam kategori nandao lelaki manakala Wong Weng Son berjaya meraih gangsa dalam kategori changquan lelaki dengan keseluruhan 9.780 mata.
Sementara itu, Pang Pui Yee menamatkan saingan di tempat keempat dalam acara jianshu wanita dengan 9.756 mata di belakang wakil China yang meraih emas (9.796 mata), Vietnam (9.773 mata) dan Hong Kong (9.766 mata).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tan Cheong Min
#Piala Dunia Taolu
#rangkul emas
#wushu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan