awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Taolu: Malaysia tambah koleksi emas di Jepun

Bernama
Bernama
27/10/2024
07:15 MYT
Piala Dunia Taolu: Malaysia tambah koleksi emas di Jepun
Weng Son, 32, mempamerkan gerakan kemas untuk mengutip 9.773 mata dalam acara jianshu lelaki, menewaskan wakil tuan rumah yang mengumpul 9.766 mata dan Nepal ketiga dengan 9.636 mata. - Bernama
KUALA LUMPUR: Skuad wushu negara menambah pungutan pingat emas menerusi Wong Weng Son pada Piala Dunia Taolu edisi ketiga di Yokohama, Jepun hari ini.
Weng Son, 32, mempamerkan gerakan kemas untuk mengutip 9.773 mata dalam acara jianshu lelaki, menewaskan wakil tuan rumah yang mengumpul 9.766 mata dan Nepal ketiga dengan 9.636 mata.
Malaysia terus menambah koleksi pingat menerusi Tan Cheong Min yang meraih perak dalam acara nanquan wanita selepas meraih 9.770 mata, di belakang wakil Indonesia yang mengutip 9.773 mata untuk pingat emas manakala wakil Hong Kong ketiga dengan 9.760 mata.
Sementara itu, Clement Ting Su Wei menamatkan saingan dalam disiplin gunshu lelaki di tempat keempat dengan 9.776 mata manakala Sydney Chin Sy Xuan keenam dalam disiplin taijijian wanita dengan 9.650 mata.
Setakat ini, kontinjen Malaysia telah mengumpul dua emas, dua perak dan dua gangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skuad wushu negara
#Wong Weng Son
#Jepun
#Piala Dunia Taolu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan