Piala Dunia Wanita: Kapten Sepanyol kehilangan bapa ketika julang gelaran

Astro Arena
Ogos 21, 2023 02:45 MYT
Berita sedih itu diumumkan oleh pemain pertahanan Real Madrid itu selepas gol tunggalnya menghadiahkan kejayaan buat Sepanyol. - Foto REUTERS
SEPANYOL 1 ENGLAND 0
Pemenang perlawanan akhir Piala Dunia Wanita Sepanyol, Olga Carmona, mengetahui bapanya baru sahaja beberapa jam meninggal dunia.
Berita sedih itu diumumkan oleh pemain pertahanan Real Madrid itu selepas gol tunggalnya menghadiahkan kejayaan buat Sepanyol, seterusnya mengecewakan England dalam detik penentuan kejuaraan di Sydney, malam tadi.
Ketua pasukan itu meledak jaringan gol pada minit ke-29 untuk menghampakan Lionesses 1-0 di Stadium Australia bagi merangkul gelaran dunia pertama.
Kenyataan daripada Real Madrid berbunyi: “Real Madrid, presiden kami dan lembaga pengarah kami amat sedih dengan kematian bapa pemain kami. Olga Carmona.
"Real Madrid ingin mengucapkan takziah dan kasih sayang kami kepada Olga, keluarganya dan semua orang tersayangnya." - Stadium Astro
#Piala Dunia Wanita #Olga Carmona #bapa meninggal dunia #Real Madrid