BRENTFORD 0 ARSENAL 1
Reiss Nelson menjaringkan gol pertamanya musim ini dan Aaron Ramsdale memastikan gawangnya tidak dibolosi untuk Arsenal menewaskan Brentford 1-0 dalam perlawanan Piala Liga Inggeris (EFL) di Stadium Komuniti Gtech awal pagi tadi.
Jaringan tunggal Nelson dalam babak pertama gara-gara kesilapan yang dilakukan pertahanan Brentford sudah cukup untuk menghantar The Gunners ke pusingan keempat kejohanan itu.
Ramsdale kembali diturunkan selepas diketepikan bagi memberikan laluan buat David Raya, yang menyertai Arsenal daripada Brentford musim panas lalu, dalam tiga perlawanan sebelum ini.
Ketibaan Raya menyaksikan Ramsdale kehilangan tempatnya selepas beraksi dalam 52 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berturut-turut.
Dengan Bukayo Saka dan Declan Rice mengalami kecederaan sewaktu menentang Tottenham hujung minggu lalu -- menyertai Thomas Partey, Gabriel Martinelli, Leandro Trossard dan Jurrien Timber dalam senarai tidak dapat diturunkan -- Mikel Arteta terpaksa melakukan lapan perubahan dalam kesebelasannya.
Dan pasukan pelawat itu hanya memerlukan enam minit untuk membuka jaringan apabila Mathias Jorgensen melakukan kesilapan hantaran kepada Ethan Pinnock.
Eddie Nketiah memanfaatkan kesilapan itu untuk melakukan hantaran kepada Nelson, yang kemudian melepasi terjahan Nathan Collins sebelum melakukan penyudah melepasi Mark Flekken.
Arsenal hampir menggandakan jaringan mereka selepas waktu rehat separuh masa tetapi hadangan kaki yang dilakukan Flekken menafikan gol Emile Smith Rowe.
Brentford juga berpeluang untuk menyamakan kedudukan apabila ketua pasukan, Christian Norgaard, dapat memperdayakan Kai Havertz di bahagian tengah sebelum melakukan lintangan kepada Yoane Wissa tetapi percubaan itu tersasar untuk Arsenal mempertahankan kelebihan satu gol itu sehingga ke wisel penamat.
Astro Arena
Thu Sep 28 2023
Aksi Reiss Nelson (kiri) menjaringkan gol pertama pasukannya ketika perlawanan pusingan ketiga Piala EFL antara Brentford dan Arsenal di Brentford Community Stadium, London, Britain, 27 Sept 2023. - REUTERS
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Piala EFL: Pep Guardiola salahkan isu kecederaan punca Manchester City tewas kepada Spurs
Pep Guardiola mengakui Manchester City sedang berada di posisi sukar dengan masalah kecederaan selepas tewas 1-2 di tangan Tottenham Hotspur dalam perlawanan Piala EFL.
Piala EFL: Manchester United pesta jaringan di Old Trafford, belasah kelab divisyen tiga
Rashford menjaringkan gol pertama sejak pertengahan Mac ketika melakar kemenangan aksi Liga Perdana Inggeris ke atas Southampton.
Piala EFL: Jaringan pertama Reiss Nelson bawa Arsenal ke pusingan 16 atasi Brentford
Jaringan tunggal Nelson dalam babak pertama, gara-gara kesilapan pertahanan Brentford, cukup untuk menghantar The Gunners ke pusingan ke-4.
Piala EFL: Gol tunggal Nicolas Jackson pastikan kemenangan Chelsea ke atas Brighton
Gerakan serangan balas berkesan yang dilakukan tuan rumah sudah cukup untuk memberikan kegembiraan buat penyokong mereka di Stamford Bridge.
Tahniah, Man United sebenar sudah kembali, kata Pep Guardiola
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, mengucapkan tahniah kepada kejayaan Manchester United merangkul gelaran Piala EFL dengan berkata, "Selamat kembali'.
Piala EFL: Casemiro inspirasi Man United akhiri kemarau kejuaraan
Anak buah Erik ten Hag terlebih dahulu berjaya memecah kebuntuan ketika perlawanan melewati 30 minit waktu permainan.
Piala EFL: Percaturan 'simpan pemain' hukum Man City
Erling Haaland, Kevin De Bruyne, Bernardo Silva dan Ederson antara pemain gantian City menjelang perlawanan menentang Manchester United.
Piala EFL: Man United diundi bertemu Forest
United akan bertandang ke City Ground untuk pertembungan separuh akhir, ketika ia mencari trofi pertama sejak 2017.
Piala EFL: Man City singkir Liverpool, Haaland ledak gol ke-24
Dua gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) beraksi di Stadium Etihad dalam perlawanan pertama selepas tamat rehat Piala Dunia.
Piala EFL: Liverpool bertemu Man City di pusingan keempat, United peroleh laluan mudah
Liverpool memerlukan penalti untuk melepasi Derby County pada Rabu, manakala City sudah pun menyingkirkan Chelsea hasil kemenangan 2-0.