Piala EFL: Man United bangkit dua kali atasi Villa

Astro Arena
November 10, 2022 23:15 MYT
Anthony Martial (tengah) meraikan kejayaan menjaringkan gol pembukaan pasukannya dalam perlawanan Piala EFL pusingan ketiga antara Manchester United dan Aston Villa di Manchester, England, 10 Nov 2022. (Foto AP
MANCHESTER United bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk melengkapkan kemenangan 4-2 ke atas Aston Villa dalam aksi Piala EFL, membalas kekalahan dalam aksi Liga Perdana Inggeris kepada skuad kendalian Unai Emery.
Erik ten Hag merehatkan beberapa pemain utama di Old Trafford dan ketiadaan Cristiano Ronaldo ekoran masalah kesihatan.
United ketinggalan menerusi jaringan gol Ollie Watkins pada permulaan separuh masa kedua namun Anthony Martial segera menyamakan kedudukan.
United kemudian ketinggalan 2-1 apabila Diogo Dalot menjaringkan gol sendiri dan Marcus Rashford menjaringkan gol kedua buat United.
Dua lagi gol yang terhasil menerusi percubaan Fernandes dan McTominay memastikan United mara ke pusingan keempat.

Ice cold, @B_Fernandes8 #MUFC || #CarabaoCup pic.twitter.com/20uUSJrJmx

— Manchester United (@ManUtd) November 10, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester United #Piala EFL #Aston Villa