SUKAN

Piala EFL: Manchester United tersingkir awal di tangan kelab Divisyen 4

Astro Arena 28/08/2025 | 05:15 MYT
Manchester United tersingkir seawal pusingan kedua Piala Liga Inggeris (EFL) di tangan kelab Divisyen 4, Grimsby Town. - Stadium Astro
PASUKAN gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, diaibkan apabila tersingkir seawal pusingan kedua Piala Liga Inggeris (EFL) di tangan kelab Divisyen 4, Grimsby Town, awal pagi tadi.


Ringkasan AI
  • Manchester United tersingkir awal dari Piala Liga Inggeris selepas tewas kepada kelab Divisyen 4, Grimsby Town, dalam penentuan penalti 11-12.
  • United ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama sebelum menyamakan kedudukan melalui gol Bryan Mbeumo dan Harry Maguire.
  • Sepakan penalti Mbeumo yang terkena palang menggagalkan kebangkitan United dan menyebabkan kekalahan memalukan di Blundell Park.


Dalam aksi di Blundell Park itu, The Red Devils bahkan ketinggalan dua gol dalam separuh masa pertama apabila dibolosi jaringan Charles Vernam dan Tyrell Warren, masing-masing pada minit ke-22 dan 30.

United kemudian memerlukan masa sehingga ke penghujung permainan untuk menyamakan kedudukan, di mana Bryan Mbeumo menemui sasaran pada minit ke-75 sebelum Harry Maguire menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-89.

Bagaimanapun, kebangkitan yang direncanakan mereka musnah sebaik sepakan Mbeumo terkena palang untuk United akur tersingkir dengan kekalahan 11-12 dalam penentuan penalti. -- Stadium Astro




#Manchester United #Piala Liga Inggeris #Tersingkir #Grimsby Town #penentuan penalti