KUALA LUMPUR: Pasukan pelayaran negara, 'The Monsoon', memulakan sesi kelayakan saingan Piala Emas Liga Pelayar (SSL) dengan bergaya apabila menduduki tempat kedua di belakang Afrika Selatan Selatan selepas tiga perlumbaan dalam Kumpulan 7 di Lake Nauchatel, Switzerland.
Pada perlumbaan ketiga pada Jumaat, The Monsoon menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan masa 49 minit 43 saat (s), di belakang pendahulu Afrika Selatan ( 48:16s) manakala India ketiga dengan masa 50:36s, menurut https://goldcup.starsailors.com/live/.
Kemenangan perlumbaan ketiga itu membolehkan Afrika Selatan mengutip tiga mata manakala Malaysia dan India masing-masing memperoleh dua dan satu mata.
Malaysia kini menghuni tempat kedua dalam Kumpulan 7, berkongsi tujuh mata dengan Afrika Selatan diikuti India dengan empat mata.
Dalam perlumbaan pertama dan kedua semalam, Malaysia menghuni tempat kedua dan pertama masing-masing untuk mengumpul lima mata dan mendahului Kumpulan 7 sebelum dipintas Afrika Selatan semalam.
Dua pasukan terbaik dalam kumpulan akan layak ke peringkat akhir SSL di Bahrain, Oktober, ini.
Piala Emas SSL itu menyaksikan penyertaan 56 negara utama dalam dunia sukan pelayaran dengan Malaysia menduduki ranking ke-51.
'The Monsoon' dianggotai 11 pelayar negara tetapi hanya sembilan pelayar akan menyertai perlumbaan pada satu-satu masa.
Selain pelayar Olimpik negara, Khairulnizam Mohd Afendy, turut berada dalam pasukan negara ialah Mohamad Faizal Norizan, Asri Azman, Nuraisyah Jamil, Ahmad Khairulhafiz Ahmad Khmbali, Muhamad Uzair Amin Mohd Yusof, Ong Khong Shing, Ahmad Faizul Aswad Mohamed, Ahmad Hakhimi Ahmad Shukri, Mohd Amsyar Syahmi Mohd Ajwi dan Mohd Azhar Sa'don Zubir.
Pada penghujung 2021, Piala Emas SSL mengadakan saingan ujian pertama melibatkan lapan negara di Switzerland dan Malaysia menduduki tempat ketiga di belakang Afrika Selatan dan Thailand.
Negara peserta lain ialah Perancis, Mexico, Ukraine, Turkiye dan Tahiti.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 15 2022

'The Monsoon' dianggotai 11 pelayar negara tetapi hanya sembilan pelayar akan menyertai perlumbaan pada satu-satu masa. - Foto Facebook/SSL Team Malaysia

Arab Saudi bakal anjur Piala Asia 2027
Meskipun merupakan antara pasukan terbaik di benua ini, negara itu tidak pernah berpeluang menganjurkan kejohanan tersebut.

Satu pertiga kerusi Parlimen buat Sabah, Sarawak masih di peringkat perbincangan - Fadillah
Fadillah berkata penyelesaian perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat.

Pelajar UiTM maut, rakan cedera parah selepas motosikal dilanggar van
Seorang pelajar Universiti Teknolgi MARA (UiTM) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah van di Simpang Empat Paya Jemerli, dekat Kulim.

Jawatan FIFA kelebihan untuk bangunkan bola sepak negara, dunia - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menganggap kejayaannya terpilih sebagai Ahli Majlis FIFA, sebagai pencapaian peribadi.

KKM rangka langkah untuk selesaikan isu-isu berbangkit
Ia melibatkan pelbagai isu seperti kebajikan, kesihatan fizikal dan mental petugas kesihatan, gaji saksama dan jaminan pekerjaan.

Mogok Di UK | Lebih 300 ribu guru tuntut kenaikan gaji
Dianggarkan sehingga setengah juta guru, penjawat awam, pemandu kereta api dan pensyarah universiti di Britainmelancarkan mogok besar-nesaran hari ini. Tuntutannya sama, kenaikan gaji serta mendesak kerajaan menangani inflasi.

Letupan Bom | Polis Pakistan tahan suspek kes letupan masjid Peshawar
Polis Pakistan menahan beberapa suspek dipercayai ada kaitan dengan serangan bom bunuh diri yang mengorbankan lebih 100 orang di sebuah masjid di Peshawar. Siasatan kini sedang dijalankan bagi menyiasat kemungkinan pengebom itu telah mendapat bantuan orang dalam bagi mengelak pemeriksaan keselamatan.

Konflik Myanmar | Genap dua tahun rampasan kuasa Junta tentera ke atas Myanmar
1 Februari genap dua tahun rampasan kuasa Junta tentera ke atas Myanmar. Genap dua tahun juga kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi digulingkan. Bagi penduduk Myanmar, kehidupan mereka berubah sama sekali selepas tentera mengambil alih tampuk pemerintahan. Di mana hak demokrasi mereka? Manakah janji untuk adakan Pilihan Raya Umum? Dan yang paling penting, bilakah darurat yang diisytihar Junta akan berakhir? Persoalan ini masih membelenggu rakyat Myanmar.

Letupan Bom | Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan di Masjid Peshawar
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan bom bunuh diri ke atas sebuah masjid di Peshawar di Wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan pada Isnin. Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa, rakyat dan kerajaan Pakistan.

10 Berita Pilihan - (01 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Piala Emas SSL: Malaysia di belakang Afrika Selatan selepas tiga perlumbaan
The Monsoon menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan masa 49 minit 43 saat, di belakang pendahulu Afrika Selata.

Malaysia sedia sambut pengembara pelayaran susulan pembukaan penuh sempadan
Tourism Malaysia berkata ia juga sebahagian usaha negara mempromosi pelancongan pelayaran serta menarik lebih ramai pengusaha kapal untuk berlabuh di Malaysia.

Penganjuran TMC cungkil bakat muda pelayaran negara
TMC menerima 213 penyertaan daripada semua peringkat usia termasuk daripada atlet paling muda berusia lapan tahun.

Kerajaan berhati-hati sebelum buka semula sektor pelayaran persiaran antarabangsa - Wee
Melihat kepada situasi semasa, adalah terlalu awal untuk mengulas mengenai pembukaan pelayaran persiaran antarabangsa.

Star Cruises kembali operasi 22 Disember
Kapal pelayaran itu menyediakan lima perjalanan setiap minggu dengan siri jadual perjalanan pergi dan balik dari Pulau Pinang.

Tokyo 2020: Ketiadaan angin punca acara pelayaran ditangguh
Dua pusingan terakhir acara pelayaran International 470 wanita di Olimpik Tokyo 2020 hari ini, melibatkan atlet negara Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali ditunda ke esok.

Tokyo 2020: Khairulnizam, Nur Shazrin gagal ke perlumbaan perebutan pingat
Pelayar negara, Khairulnizam Afendy dan Nur Shazrin Latif, tidak layak ke perlumbaan perebutan pingat acara masing-masing dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Olimpik Tokyo: Harapan raih pingat pertama tidak kesampaian, ini rangkuman kontinjen Malaysia hari ini
Suasana mengecewakan menyelubungi kontinjen Malaysia pada hari kelima temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Olimpik Tokyo: Khairulnizam di landasan tepat di sebalik cabaran cuaca buruk
Biarpun berdepan cabaran ombak tinggi, Khairulnizam Mohd Afendy berada di landasan tepat untuk mencapai objektif diletakkan ke atasnya, di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Olimpik Tokyo 2020: Mara di pusingan pertama, Nur Shazrin tergelincir ke tangga ke-11
Selepas menamatkan perlumbaan pertama di tempat ketiga tengah hari tadi, momentum itu tidak dapat diteruskan atlet berusia 23 tahun itu.