Piala FA: Casemiro pastikan Manchester United lolos ke suku akhir

Astro Arena
Februari 28, 2024 23:25 MYT
Casemiro dan rakan-rakan meraikan kejayaan memenangi perlawanan Piala FA pusingan kelima antara Nottingham Forest dan Manchester United di City ground di Nottingham, England, 28 Feb 2024. (Foto AP)
JARINGAN kemenangan Casemiro memastikan Manchester United kekal berpeluang untuk menamatkan satu lagi musim mengecewakan dengan kejuaraan apabila skuad kendalian Erik ten Hag menewaskan Nottingham Forest untuk berdepan suku akhir Piala FA bertemu Liverpool.
Ten Hag memenangi Piala Carabao dalam musim pertama namun berdepan tekanan yang menggunung sepanjang musim kedua.
Bagaimanapun, finalis Piala FA musim lalu itu terpaksa berhempas pulas dan Casemiro menanduk masuk hantaran sepakan percuma Bruno Fernandes di penghujung permainan untuk memastikan kemenangan 1-0 ke atas Forest bagi membuat perhitungan sengit di Old Trafford bagi aksi suku akhir.
Gol kemenangan yang dihasilkan pada minit ke-89, yang mengambil masa beberapa minit untuk disahkan VAR, mengekalkan musim United terus bertenaga selepas tersingkir daripada saingan Eropah Disember lalu sejak tidak lagi dalam kelompok saingan takhta Liga Perdana Inggeris.

Into the #FACup quarter-finals! #MUFC

— Manchester United (@ManUtd) February 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester United #Piala FA #Nottingham Forest #Casemiro