Piala FA: Crystal Palace langgar habis Everton

Sinar Harian
Mac 20, 2022 22:30 MYT
Wilfried Zaha berebut bola dengan pemain lawan Seamus Coleman ketika perlawanan suku akhir Piala FA antara Crystal Palace dan Everton di Selhurst Park, London, 20 Mac 2022. (John Walton/PA via AP)
CRYSTAL Palace memanfaatkan prestasi turun naik Everton apabila menjadikan pasukan tersebut mangsa belasahan pada saingan kelompok lapan terbaik Piala FA di Selhurst Park, pada Ahad.
The Eagles pimpinan bekas legenda Arsenal, Patrick Vieira yang pada aksi terakhir mengikat pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City 0-0 di laman sama ternyata menguasai perlawanan apabila melakukan enam percubaan tepat berbanding dua skuad The Toffees asuhan legenda Chelsea, Frank Lampard.
Dua gol babak pertama Marc Guehi (25') dan Jean-Philippe Mateta (41') diikuti tambahan dua gol lagi Wilfried Zaha (79') dan Will Hughes (87') sudah cukup membuktikan keiltizaman tinggi tuan rumah untuk mara ke kelompok empat terbaik kejuaraan tersebut.
Kemenangan 4-0 ke atas Everton juga merupakan kejayaan kali pertama Crystal Palace menewaskan The Toffees dalam satu musim yang sama selepas sensasi Merseysiders tersebut bergelut meraih tiga mata ke atas Newcastle United dalam saingan liga bagi mengelakkan terjerumus ke zon penyingkiran.
Artikel asal di Sinar Harian
#Piala FA #Crystal Palace #Everton