SUKAN
Piala FA: Elavarasan akui KL City FC lawan sukar
Elavarasan berkata tumpuan akan diberikan untuk menajamkan jentera serangan yang gagal memanfaatkan banyak peluang dalam aksi malam tadi termasuk dilihat ragu-ragu untuk melakukan penyudahan. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Perlawanan menentang KL City FC pada aksi pertama pusingan 16 terbaik Piala FA 18 Ogos ini diakui merupakan aksi yang sukar buat Kelantan The Real Warriors (TRW).
Ketua Jurulatih TRW E. Elavarasan berkata walaupun beraksi di halaman sendiri, ia bukanlah tiket mudah bagi pasukannya kerana KL City FC merupakan antara pasukan terkuat dan berpengalaman.
"Kami perlu bekerja keras memperbaiki kelemahan yang ada sebelum bertemu KL City," katanya kepada pemberita selepas perlawanan Liga Super menentang Imigresen FC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam tadi, yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Elavarasan berkata tumpuan akan diberikan untuk menajamkan jentera serangan yang gagal memanfaatkan banyak peluang dalam aksi malam tadi termasuk dilihat ragu-ragu untuk melakukan penyudahan.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Imigresen FC, Yusri Che Lah berkata pasukannya terpaksa menghadapi laluan berliku pada saingan Pusingan 16 Piala FA apabila dijadualkan bertemu Terengganu FC dengan aksi pertama pada 17 Ogos ini.
"Kami tahu Terengganu FC kuat antaranya kerana pemain tempatan telah bersama pasukan selama lima atau enam musim, selain mempunyai pemain import yang berkualiti," katanya.
Beliau berkata terdapat peningkatan dari aspek keserasian pemain selepas dua perlawanan Liga Super dan akan menggunakan sebaik mungkin masa latihan sebelum bertemu Terengganu FC.
-- BERNAMA