ISKANDAR PUTERI: Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak berdepan masalah melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas berpesta gol menewaskan Penang FC 5-0 pada aksi suku akhir di Stadium Sultan Ibrahim di sini, malam ini.
Pesta gol skuad Harimau Selatan bimbingan Esteban Solari bagaimanapun bermula lewat apabila perlu menunggu sehingga minit ke-32 untuk gol pembukaan selepas Ousmane Fane tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan percubaan Fernando Forestieri yang terkena palang.
Enam minit kemudian, Jordi Amat menambah jaringan JDT selepas menyudahkan tandukan Shane Lowry dalam kotak penalti untuk meletakkan pasukan selesa mendahului 2-0.
Ketinggalan dua gol, skuad Harimau Kumbang dilihat bergelut mencari rentak apabila hanya berjaya melakukan percubaan dari jarak jauh selepas gagal menembusi kekentalan barisan pertahanan JDT dan ketangkasan penjaga gol Mohd Farizal Marlias.
Bersambung babak kedua, JDT terus menggandakan asakan ke kubu lawan sebelum berhasil meledak gol ketiga apabila pemain sayap sensasi Arif Aiman Mohd Hanapi menyempurnakan penalti pada minit ke-49 yang diberikan pengadil selepas bola terkena tangan Mohammad Khairul Akmal Rokisham.
Biarpun selesa mendahului 3-0, JDT tidak menunjukkan tanda-tanda memperlahankan permainan, sebaliknya terus menambah derita Penang menerusi gol keempat hasil rembatan La'vere Lawrence Corbin Ong pada minit ke-58.
Muhammad Syafiq Ahmad melengkapkan malam gemilang JDT di hadapan penyokong sendiri apabila menjaringkan gol kelima pasukan pada masa kecederaan babak kedua sekali gus memastikan pasukan melangkah ke separuh akhir dengan bergaya.
JDT akan membuat perhitungan menentang Selangor pada peringkat separuh akhir dalam misi mempertahankan kejuaraan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023
Pemain JDT Arif Aiman Mohd Hanapi (kiri) dihalang pertahanan Penang FC Muhamad Azmeer Aris Nor Rashid pada perlawanan suku akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. - Foto BERNAMA
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
TMJ pelawa Figo ke JB soal pembangunan bola sepak negara
Tunku Ismail meluangkan masa bertemu dengan legenda bola sepak dunia, Luis Figo di Sepanyol.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Matyo sudah gantung but?
Bekas penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha, menimbulkan persoalan sama ada dia akan mengumumkan persaraan dalam masa terdekat.
Pra-musim: JDT tampil segak, seragam bertolak ke Sepanyol
Johor Darul Ta'zim (JDT) menuju ke Sepanyol untuk persiapan akhir sempena menghadapi kempen Liga Malaysia, bulan depan.
Pecahkan dominasi JDT musim ini - Azman Adnan
Sudah tiba masanya pencabar lain mengembangkan sayap dan memecah dominasi mahkota kejuaraan Liga Super 10 kali berturut-turut.
Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 berlangsung 10 Mei
Saingan Liga-M musim depan akan membuka tirai dengan aksi Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC pada 10 Mei.
JDT menang bergaya dengan jersi baharu
Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) cemerlang mengatasi pasukan dari Singapura, Lion City Sailors, 4-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim.
Penjaga gol 'bertopeng' JDT cetus tanda tanya
Johor Darul Ta'zim (JDT) menampilkan kelainan ketika memperkenalkan jersi baharu bagi barisan penjaga gol menjelang musim baharu Liga Super.
JDT perkenal jersi ketiga
Johor Darul Ta'zim (JDT) baru sahaja memperkenalkan jersi ketiga yang akan digunakan untuk musim 2024/25.