SUKAN
Piala FA: JDT, Sabah bawa bekalan tipis ke aksi suku akhir kedua
Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Oscar Aribas Pasero (jersi 24) menjaringkan gol pertama bagi pasukannya semasa bertemu dengan Penang FC pada perlawanan Piala FA di Stadium Bandaraya. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) membawa bekalan tipis ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) selepas menewaskan Penang FC 2-1 pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Bandaraya, Georgetown, malam tadi.
Penang, selaku tuan rumah, terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan pembukaan oleh JDT seawal minit keenam hasil penyudah pemain import Oscar Aribas.
Ketinggalan 0-1, skuad kendalian Wan Rohaimi Wan Ismail bangkit dengan beberapa gerakan menarik bagi menembusi pertahanan JDT sebelum usaha mereka membuahkan hasil menerusi Muhammad Adib Ra'op menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-35 menewaskan penjaga gol JDT, Ahmad Syihan Azmi Mohamed.
Namun,skuad Harimau Kumbang diuji pada minit-minit akhir separuh masa pertama apabila kehilangan seorang pemain selepas Ahmad Irfan Mohd Noor diarah keluar padang akibat kekasaran terhadap Romel Morales.
Bersambung babak kedua, ketiadaan Ahmad Irfan sedikit sebanyak menjejaskan rentak permainan Penang FC sehingga mereka dihukum dengan jaringan kedua JDT oleh Ager Aketxe Barrutia pada minit ke-55 walaupun penjaga gol Mohd Khairulazhan Mohd Khalid sempat menepis bola.
Penang FC cuba bangkit namun gagal menyamakan kedudukan, sekali gus terpaksa merelakan JDT membawa pulang kelebihan 2-1 untuk aksi timbal balik pada 28 Okt depan.
Di KOTA BHARU, Kelantan The Real Warriors (TRW) gagal memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri apabila tewas 1-2 kepada Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.
Sabah membuka jaringan menerusi penyerang Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew pada minit ke-12 apabila bijak menyambung hantaran lintang rakan sepasukan dalam kotak penalti Kelantan.
Selang empat minit kemudian, tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi pemain import Abdul Sesay yang mudah menolak masuk bola hantaran lintang rakan sepasukan dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol Sabah, Damien Lim.
Sabah kemudian memperolehi gol kedua menerusi pemain import Ajdin Mujagic pada minit ke-43 sebelum separuh masa kedua bersambung.
Pada separuh masa kedua, Kelantan menggandakan serangan untuk mencari gol penyamaan namun pertahanan Sabah tetap kukuh sehingga wisel penamat.
-- BERNAMA