KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun menyepi, aksi final Piala FA 2022 membabitkan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) kembali menghangatkan arena bola sepak tanah air di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Sesuai dengan status gergasi Liga Malaysia ketika ini, peluang tampak cerah bagi JDT merangkul gelaran kedua mereka pada pertandingan itu selepas meraih kejuaraan pertama pada musim 2016 dengan menewaskan PKNS FC, 2-1.
Bagaimanapun, bekas pengendali Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah berpendapat pentas final Piala FA 2022 bakal menjadi cabaran buat JDT yang kini mendapat sentuhan ketua jurulatih baharu dari Venezuela, Hector Bidoglio, sejak Julai lepas.
Azraai, yang membimbing skuad Sang Kenari menjuarai Piala FA selama dua tahun berturut-turut pada 2007 dan 2008, menjelaskan ujian besar menanti Bidoglio ialah bagi membuktikan beliau mampu meneruskan magis bekas pengendali Harimau Selatan, Benjamin Mora, yang meninggalkan pasukan itu atas urusan peribadi.
"Bukan senang nak ambil alih tempat Mora yang menang banyak piala bersama JDT sebelum ini, kerana sebagai jurulatih baharu Bidoglio perlu membuktikan beliau mempunyai taktikal serta strategi mantap bagi memenangi Piala FA 2022," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mora adalah jurulatih JDT paling berjaya dengan empat kejuaraan Liga Super, empat Piala Sumbangsih, satu Piala Malaysia dan membawa JDT ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC tahun ini.
Azraai yang meramalkan JDT menjuarai Piala FA dengan keputusan 2-0 berkata skuad Harimau Selatan itu tetap mempunyai kelebihan di atas padang kerana dilihat memiliki kekuatan di setiap posisi, berbanding skuad Penyu.
Katanya, kekuatan ketara dimiliki JDT adalah gandingan serangan mereka dibarisi pemain sayap sensasi, Arif Aiman Mohd Hanapi serta dua awang import, Fernando Forestieri dan Bergson Da Silva, yang mampu menjadi senjata ampuh untuk menembusi kubu pertahanan TFC.
"Bagi TFC pula, semuanya bergantung kepada jentera tengah mereka iaitu Manuel Ott serta Habib Haroon selain aksi pemain sayap lincah, Mohamad Faisal Abdul Halim yang berpotensi menjadi pengubah keadaan dalam final itu," jelasnya.
Dalam pada itu, bekas jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim pula menjangkakan aksi sengit bakal disajikan kedua-dua pasukan pada perlawanan akhir tersebut.
Irfan, yang membantu Terengganu muncul juara pada edisi 2011 dengan menewaskan Kelantan, 2-1, percaya pasukan dari Pantai Timur itu mampu melakar kejutan, sekali gus menamatkan kemarau hampir sedekad tanpa kejuaraan Piala FA.
"Prestasi JDT agak 'yo yo' sedikit terutamanya selepas seri 1-1 menentang Selangor FC dalam aksi Liga Super baru-baru ini. Namun, kita tahu tahap JDT sangat berbeza daripada pasukan lain, malah kebanyakan pemain mereka juga menyarung jersi Harimau Malaya," katanya.
Menurutnya, sekiranya Nafuzi Zain, selaku ketua jurulatih TFC, menurunkan dua tonggak serangan utama, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche, percaturan itu dilihat bakal membuka jalan kepada JDT untuk menguasai bahagian tengah.
Ketua jurulatih Kuching City FC itu sebaliknya mencadangkan agar TFC memadatkan bahagian tengah mereka, justeru akan menyaksikan Sherman atau Tchetche terpaksa berada di bangku simpanan.
Jurulatih berpengalaman itu pada masa sama menjangkakan kelibat Arif Aiman dan Faisal Halim bakal menjadi tumpuan pada final itu kerana kedua-dua mereka mampu menjadi watak penting dalam menentukan nasib pasukan masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 08 2022
Pentas final Piala FA 2022 bakal menjadi cabaran buat JDT yang kini mendapat sentuhan ketua jurulatih baharu dari Venezuela, Hector Bidoglio, sejak Julai lepas. - Facebook/Johor Southern Tigers
Malaysia seru peralihan kuasa secara aman di Syria - Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan kaum mesti dijadikan prinsip utama dalam usaha tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan kaum mesti dijadikan prinsip utama dalam usaha tersebut.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana langgar syarat bon parti
Bekas Naib Presiden PKR Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nidzam puas hati tapi mahu kemenangan jadi satu kebiasaan buat Selangor
Ketua Jurulatih Selangor FC Nidzam Jamil berpuas hati dengan persembahan dan kedudukan pasukan bimbingannya dalam kesemua kejohanan sebelum jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 7-15 Okt ini.
Faisal Halim jatuh cinta dengan hobi baru?
Dalam satu video yang tular di media sosial, Faisal sedang melakukan 'strike' selepas umpan terkena seekor ikan.
Masa untuk Mickey kembali bersama Harimau Malaya semakin hampir
Pemain sayap kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim memberi bayangan masa untuknya kembali menyarung jersi skuad Harimau Malaya semakin hampir.
PM Anwar ucap tahniah kepada JDT menang Piala FA
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT atas pencapaian menjulang Piala FA selepas menewaskan Selangor FC semalam.
'Kami tak buat janji kosong' - TMJ
Pasukan JDT tidak mencipta drama atau konspirasi sebaliknya membuktikan keupayaan mereka dengan memenangi setiap perlawanan.
Piala FA: JDT pertahan kejuaraan selepas belasah Selangor 6-1
Johor Darul Tazim muncul juara Piala FA selepas menundukkan Selangor FC 6-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Amirudin mahu Selangor pamer aksi terbaik, rampas Piala FA
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari mahu pasukan Selangor FC berjuang sehabis baik dan merampas kembali Piala FA pada pertemuan dengan JDT malam ini.
Final Piala FA: Operasi stesen LRT dilanjutkan - Rapid Rail
Lanjutan waktu operasi itu susulan Perlawanan Akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 21 Ogos 2024.
Final Piala FA JDT lawan Selangor, 2,400 anggota polis ditugaskan di SNBJ
Kira-kira 2,400 anggota polis ditugaskan pada perlawanan akhir bola sepak Piala FA membabitkan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.