[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
SUKAN

Piala FA: Negeri Sembilan sukar digugat, mara ke suku akhir

Bernama 12/09/2025 | 21:50 MYT
Pemain Negeri Sembilan FC Hakimi Abdullah (tengah) diasak beberapa pemain PDRM FC dalam saingan Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan FC melangkah ke pusingan suku akhir Piala FA menerusi agregat 5-1 biarpun tewas kepada PDRM FC 0-1 pada aksi kedua Pusingan 16 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi.

Skuad Jang kendalian Mohd Nidzam Jamil yang selesa membawa bekalan lima jaringan pada pertembungan pertama sebelum ini, bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan seawal minit keempat PDRM hasil jaringan Muhammad Fakhrul Azim Mohd Zulphatah.

Memasuki babak kedua, Negeri Sembilan mengorak langkah dengan beberapa percubaan ke arah gawang gol PDRM, namun berjaya digagalkan penjaga gol Nor Hakeem Hamidun.

Keputusan 1-0 itu kekal sehingga wisel penamat ditiup.

Negeri Sembilan dijadualkan bertemu sama ada Selangor FC atau Malaysian University Football Team (MUFT) di suku akhir pada 17 Okt.

-- BERNAMA

#Piala FA #Negeri Sembilan FC #PDRM FC #Selangor FC