SUKAN
Piala FA: Selangor, Sabah rebut slot ke final
Pemain Selangor FC, Willian Lira Sousa (tengah) berasak dengan pemain Negeri Sembilan FC, Filip Solongho (kanan) pada aksi suku akhir Piala FA Selangor FC menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya semalam. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Juara lima kali, Selangor FC, akan menentukan slot ke final Piala FA musim ini menentang Sabah FC, selepas mara ke separuh akhir menumpaskan Negeri Sembilan FC secara agregat 6-3, pada aksi suku akhir kedua, malam tadi.
Ringkasan AI
Walaupun tumpas 2-3 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dekat Kelana Jaya malam tadi, namun kemenangan besar 4-0 ke atas skuad pelawat di tempat lawan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pada 18 Okt lepas, sudah cukup memberikan kelebihan buat 'Gergasi Merah' melayakkan diri ke separuh akhir.
Negeri Sembilan terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah apabila percubaan pemain pertahanan Muhammad Harith Samsuri, berpunca dari sepakan penjuru oleh pemain import dari Jepun Takumi Sasaki, gagal ditangkap kemas penjaga gol Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi pada minit ke-12.
Serangan balas skuad 'Hobin Jang Hobin' membuahkan hasil apabila giliran penyerang N. Javabilaarivin menyudahkan hantaran pemain import dari Ghana Joseph Esso menerusi tandukan pada minit ke-27, sekali gus melebarkan kedudukan 2-0 buat pasukan kendalian Mohd Nidzam Jamil.
Walau bagaimanapun, Selangor merapatkan jurang selepas hantaran dari sebelah kanan Quentin Cheng disambut penyerang Willian Lira, biarpun sepakan pemain dari Brazil itu terbias bahagian belakang pemain pertahanan Negeri Sembilan Filip Andersen, tiga minit sebelum separuh masa pertama tamat.
Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun buntu untuk menambah jaringan sebelum kedudukan berubah pada 10 minit terakhir permainan.
Gerakan solo dari sebelah kanan oleh pemain dari Jepun Mio Tsuneyasu pada minit ke-80, menghadiahkan gol ketiga buat pelawat namun pemain sayap Muhammad Faisal Abdul Halim mematikan sisa perjuangan Negeri Sembilan, dengan menyumbat masuk gol kedua Selangor, hasil hantaran pemain gantian Omid Musawi pada minit ke-87.
Sementara itu, jaringan hatrik penyerang import dari Bosnia Ajdin Mujagic membantu Sabah menewaskan Kelantan The Real Warriors (TRW) FC 3-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, sekali gus membawa mereka ke separuh akhir dengan kemenangan 5-2 secara agregat.
Ajdin meletakkan juara 1995 di depan seawal minit ke-10, disusuli gol kedua 10 minit kemudian dan melengkapkan hatriknya dengan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-56.
Jaringan saguhati Kelantan TRW pula disumbangkan pemain pertahanan kanan dari Filipina Simen Lyngbo, pada minit pertama masa kecederaan babak pertama.
Satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan juara empat kali Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal membuat perhitungan dengan Kuching City FC.
Pada Selasa, JDT mengesahkan tiket ke separuh akhir dengan mengatasi Penang FC dengan keputusan agregat 5-1 manakala Kuching City mencipta sejarah layak ke peringkat tersebut buat julung kalinya selepas menyingkirkan Terengganu FC 5-3 juga secara agregat.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Selangor FC mara ke separuh akhir Piala FA dengan agregat 6-3 menewaskan Negeri Sembilan FC, walaupun tewas 2-3 pada perlawanan kedua.
- Sabah FC turut layak ke separuh akhir selepas menundukkan Kelantan TRW FC 3-1, hasil hatrik penyerang Bosnia, Ajdin Mujagic, untuk kemenangan agregat 5-2.
- Separuh akhir Piala FA musim ini menyaksikan Selangor FC menentang Sabah FC, manakala Johor Darul Ta'zim (JDT) akan berdepan Kuching City FC.