awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuba dedah identiti 32 anggota maut dalam serangan AS ke atas Venezuela, Washington pertahan tindakan
PM Anwar tiba di Ankara untuk lawatan rasmi tiga hari ke Turkiye
Salji tebal lumpuhkan Eropah: 6 maut, ratusan penerbangan dibatalkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala FA: Tewaskan KL City FC bukan tiket selesa - Jurulatih Kelantan TRW

Bernama
Bernama
19/08/2025
01:15 MYT
Piala FA: Tewaskan KL City FC bukan tiket selesa - Jurulatih Kelantan TRW
Pemain Kelantan The Real Warriors FC ketika meraikan jaringan gol ketika menentang pasukan Kuala Lumpur City FC di Stadium Sultan Muhammad IV. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Ketua Jurulatih Kelantan The Real Warriors (TRW) E. Elavarasan mahu pemainnya terus memberi tumpuan kepada perlawanan Liga Super walaupun berjaya menewaskan KL City FC pada aksi pertama saingan Piala FA di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, semalam.
Elavarasan berkata kemenangan 3-1 di halaman sendiri bukanlah keputusan selesa kerana pasukan akan bertandang ke gelanggang lawan dalam aksi timbal balik pada pertengahan September depan.
"Sebarang keputusan boleh berlaku apabila kita bertandang di halaman lawan," katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam tadi.
Pada perlawanan itu, ketua pasukan Kelantan TRW Ifedayo menyumbangkan dua gol pada minit ke-4 dan ke-14 dan satu gol lagi dijaringkan oleh S. Selvaraj pada minit ke-62, manakala gol sagu hati KL City FC pula dijaringkan oleh Mohamed Syamer Kutty minit ke-85.
Elavarasan juga mahu pemain melakukan persediaan untuk berdepan Sabah FC pada saingan Liga Super yang akan berlangsung dalam masa terdekat.
Sementara itu, Ketua Jurulatih KL City FC Vidakovic Risto berkata walaupun tewas, pasukannya tidak berputus asa untuk merebut slot ke peringkat seterusnya.
"Kita ada 90 minit lagi, apa-apa keputusan boleh berlaku, kami memerlukan kemenangan 2-0 bagi mengubah keputusan sekali gus memastikan kami layak ke peringkat seterusnya.
"Saya percaya dengan kemampuan pemain, mereka boleh melakukan sesuatu untuk memperoleh kemenangan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Super
#Kelantan TRW
#KL City FC
#E Elavarasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan