KUALA LUMPUR: Kesemua 74 pemain, pegawai pasukan dan pengadil yang akan menyertai Kejohanan Piala Juara-Juara Liga Sepak Takraw (STL) di Iskandar Puteri, Johor bermula Selasa ini disahkan bebas daripada COVID-19.
Perkembangan itu dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Seri Ahmad Ismail setelah badan induk tersebut menerima keputusan ujian calitan COVID-19 kesemua individu terlibat semalam.
"Apabila tiba di sana, mereka perlu mengikut kaedah base quarantine yang kita akan laksanakan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PSM di sini, semalam.
Katanya kesemua pasukan dan pegawai pertandingan dijadualkan tiba di venue kejohanan selewat-lewatnya hari ini dan akan diasingkan hingga saingan berakhir pada 5 Mac sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) gelembung sukan.
PSM sebelum ini terpaksa menangguhkan saingan Piala Juara-Juara STL yang sepatutnya berlangsung dari 10 hingga 16 Jan lalu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 Jan lepas.
Sementara itu, Ahmad Ismail berkata terdapat perubahan format pertandingan dengan pertambahan tiga perlawanan sekali gus menjadikan keseluruhan baki 16 aksi perlu ditamatkan selain kuota pemenang turut dibuka hingga pemenang tempat kelima dan keenam.
Saingan Piala Juara-Juara STL melibatkan enam pasukan terbaik Divisyen Premier STL iaitu juara musim ini Kuala Lumpur Thunders, ATM Guardians, Johor Tigris, Negeri Sembilan Antlers, Kelantan Warriors dan Penang Black Panthers serta dua pasukan terbaik Divisyen Satu STL iaitu Bomba Fighters dan Putrajaya Cyborg.
Johor Tigris yang meraih kedudukan ketiga dalam saingan Divisyen Premier STL pada musim ini adalah juara bertahan Piala Juara-Juara STL.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 01 2021

Ahmad bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PSM, Kuala Lumpur, 28 Feb, 2021. --fotoBERNAMA

Kenderaan Terbabas | Nash cedera langgar penghadang jalan
Penyanyi Datuk Nash cedera selepas kenderaan dinaikinya terbabit dalam kemalangan di kilometer 250.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Seremban, pada Selasa. Vokalis kumpulan Lefthanded itu dengan nama sebenar Jamaludin Elias, 62 tahun, mengalami kecederaan di bahagian muka dan mengadu sakit di dada dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu.

Kompaun | Bukan tindakan menganiaya
Kompaun 1,500 ringgit terhadap enam pelajar Kolej Matrikulasi di Perak bukan untuk menganiayai mereka.

AWANI Ringkas: Datuk Nash cedera kemalangan | Bekalan ayam cukup, tidak perlu keluar permit import
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

10 Berita Pilihan - (20 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 April 2021.

2 bazar Ramadan di Kepala Batas diberi notis amaran gagal patuh SOP
Dua dua penganjur bazar Ramadan di Kepala Batas, dikenakan notis amaran selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Apple Event 2021: Ini antara produk yang boleh kita jangkakan
Apa agaknya produk baharu yang akan diumumkan Apple dalam acara yang diadakan secara atas talian pada tahun ini?

AWANI Ringkas: Wujud ketidaksamaan dalam pembelian vaksin | PKPD di MTAQ Pulai Chondong
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: COVID-19: 2,341 kes, Sarawak tertinggi | Kompaun: Bukan tindakan menganiaya
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: Lagi daerah hijau di Sabah bertukar jadi zon kuning
Daerah Kuala Penyu bertukar dari zon hijau kepada zon kuning, selepas mencatatkan tiga kes baharu hari ini.

ASTAF boleh gantung Presiden PSM 'Tok Mat' seumur hidup
Datuk Abdul Halim menjelaskan, Tok Mat tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam persatuan itu sehingga kes perbicaraannya selesai.

Pengurus skuad sepak takraw wanita negara digantung lima tahun
Astaf telah mengarahkan PSM mengeluarkan surat rasmi kepada Wan Mohd Husni dengan melucutkan semua jawatan dipegang beliau berkuat kuasa 9 Dis 2019 hingga 8 Dis 2024.

Syahir, Zulkifli dalam pertimbangan dipanggil semula skuad kebangsaan
Kedua-dua mereka perlu melepasi beberapa ujian dalam sesi pemilihan bagi membuktikan kredibiliti sebelum mendapatkan semula kedudukan sebagai tekong utama.

Reezal Merican rayu peminat beri kerjasama di stadium
Reezal Merican minta penonton patuh kepada SOP yang ditetapkan tuan rumah perlawanan Liga Malaysia.

Abdul Halim kekal jawatan Presiden ASTAF, tiada wakil M'sia dalam barisan kepimpinan
Ahmad merupakan bekas timbalan presiden persekutuan itu bagi penggal 2016-2021, dan pemilihan menyaksikan Mohd Nasri gagal meraih sebarang undi bagi jawatan berkenaan.

Piala Juara-Juara STL: 74 pemain, pegawai bebas COVID-19
Kesemua 74 pemain, pegawai pasukan dan pengadil yang menyertai Kejohanan Piala STL disahkan bebas daripada COVID-19.

MOM usah rampas kuasa persatuan - Ahmad Ismail
Ahmad mengakui hampa dengan keputusan MOM yang dilabel drastik dan kurang bijak, lebih-lebih lagi temasya akan berlangsung kurang dari 10 bulan.

KBS tambah baik SOP sektor sukan dan rekreasi
KBS menegaskan sehingga kini semua jenis sukan dan aktiviti rekreasi melibatkan sentuhan masih tidak dibenarkan.

Latihan berpusat bagi MFL, MHL dan STL dibenarkan - Ismail Sabri
Keputusan itu dibuat selepas penilaian risiko pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

STL: Guardians sah bergelar naib juara
Guardians, yang dibarisi Hairul Hazizi Haidzir (tekong), Afifuddin Razali (perejam) dan Norfaizzul Razak (pengumpan), tidak berdepan laluan mudah untuk memenangi set pertama.