awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Piala Malaysia akan kekal di selatan tanah air'

Sinar Harian
Sinar Harian
25/04/2025
23:45 MYT
'Piala Malaysia akan kekal di selatan tanah air'
Khalid meramalkan kemenangan 3-0 berpihak kepada JDT dengan Arif Aiman Hanapi dan Bergson da Silva menjadi penyumbang gol buat skuad itu malam ini. - Foto Sinar Harian
WALAUPUN keputusan sebenar hanya akan ditentukan di atas padang, namun di atas kertas, Johor Darul Ta'zim (JDT) selaku penyandang juara tetap dilihat sebagai pasukan pilihan menjulang trofi berprestij itu.
Bagi bekas pemain Johor FA, Khalid Shahdan, firasatnya kuat mengatakan bahawa trofi Piala Malaysia bagi edisi kali ini akan kekal di selatan tanah air.
Wira Piala Malaysia Johor musim 1985 dan 1991 itu bagaimanapun meramalkan JDT bakal berdepan tentangan sengit Sri Pahang yang tekad mengakhiri kemarau kejuaraan sejak kali terakhir menjulang trofi berprestij tersebut pada 2014.
Pun begitu, Khalid tetap meramalkan kemenangan 3-0 berpihak kepada JDT dengan Arif Aiman Hanapi dan Bergson da Silva menjadi penyumbang gol buat skuad Harimau Selatan pada malam ini.
“Kalau kita lihat, JDT selalunya mencatat kemenangan besar 5-0, 7-0 bukan?
“Tapi harus diingat, ini adalah perlawanan akhir dan sudah pasti Sri Pahang tidak mahu sekadar menjadi pasukan belasahan,” katanya.
Nada sama disuarakan bekas penjaga gol Johor FA dan kebangsaan, Hassan Miskam yang meramalkan perlawanan akhir kali ini berakhir dalam tempoh 90 minit tanpa perlu diheret ke masa tambahan atau penentuan sepakan penalti.
Bagaimanapun katanya, skuad kendalian Hector Bidoglio itu perlu tetap berwaspada dengan taktikal lawan sepanjang perlawanan selain memastikan pintu gol tidak dibolosi pada minit-minit awal permainan.
“Kalau sampai ke penentuan penalti, rasanya tak ada masalah sebab pemain-pemain JDT semuanya berkebolehan menjaringkan gol,” katanya yang turut meletakkan skor 3-0 buat JDT. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#JDT
#Sri Pahang
#Khalid Shahdan
#Piala Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan