Piala Malaysia bukan keutamaan JDT

Astro Arena
September 3, 2015 10:27 MYT
Walaupun mengakui kejuaraan tersebut berprestij namun ia bukan sasaran utama sejak tercetusnya revolusi JDT pada tahun 2013.
PRESIDEN Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Dato Haji Ismail bin Karim menyatakan bahawa saingan Piala Malaysia tidak menjadi keutamaan juara Liga Super itu.
Walaupun mengakui kejuaraan tersebut berprestij namun ia bukan sasaran utama sejak tercetusnya revolusi JDT pada tahun 2013.
"Kita akan sedaya upaya bersaing, tetapi seperti saya katakan, kita tidaklah meletakkan harapan tinggi," katanya menerusi laman rasmi Facebook Johor Southern Tigers.
Turut menyuarakan pendapat sama, pengendali Mario Gomez.
Jurulatih berasal dari Argentina itu berpendapat anak buahnya akan memberikan aksi terbaik mereka untuk mencatat kemenangan dalam setiap perlawanan walaubagaimanapun tidak meletak sasaran tinggi.
JDT bakal memulakan saingan Piala Malaysia berdepan Perak di Larkin pada 11 September ini.
#bola sepak #Ismail Karim #Johor #Liga Super #PBNJ #Piala Malaysia #Southern Tigers