KUALA LUMPUR: Jaringan minit akhir oleh pemain gantian, Mohamad Sahrizan Saidin berjaya membantu Sabah FC untuk mencerahkan peluang ke suku akhir selepas mencatat kemenangan berharga 2-1 ke atas Kelantan FC dalam saingan Kumpulan D Piala Malaysia 2021 semalam.
Kemenangan sulung diperoleh skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu sudah semestinya menjadikan perebutan slot ke suku akhir semakin sengit apabila mereka kini berada di tangga ketiga kumpulan selepas terikat lima mata dengan Petaling Jaya (PJ) City FC, yang tumpas kepada juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam satu lagi perlawanan malam tadi.
Aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu menyaksikan jaringan jarak jauh 40 meter yang cukup cantik oleh pemain pertahanan Kelantan Che Mohamad Safwan Hazman Che Hassan, gagal mengekang kemaraan Sabah yang bingkas memperoleh gol penyamaan menerusi sepakan penalti pemain veteran Mohd Amri Yahyah selang seminit kemudian, untuk menjadikan kedudukan kekal 1-1 sehingga babak pertama tamat.
Bersambung babak kedua, Sabah terus meningkatkan tempo permainan dengan melancarkan serangan demi serangan ke kubu pertahanan pelawat sehinggalah pemain tengah Mohamad Sahrizan muncul wira apabila menyambar bola tandukan Mohd Amri di dalam kotak penalti untuk menolak masuk gol kemenangan 'Sang Badak' pada minit ke-90.
Sementara itu, JDT terus unggul dengan rekod bersih lima kemenangan berturut-turut dalam saingan musim ini apabila mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Petaling Jaya City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
PJ City yang bermula baik sejurus perlawanan bermula mengejutkan 'Harimau Selatan' apabila kecuaian tonggak pertahanan Adam Nor Azlin dimanfaatkan penyerang V. Ruventhiran untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-11, namun kedudukan itu tidak kekal lama apabila JDT bangkit menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti oleh Bergson Da Silva pada minit ke-14.
Juara Liga Super 2021 itu kemudian mendahului perlawanan apabila pertahanan import, Mauricio Dos Santos tenang menolak masuk bola muntah hasil tampanan kurang kemas penjaga gol Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi susulan sepakan percuma pemain sayap Muhammad Safawi Rasid pada minit ke-25.
Tuan rumah sepatutnya berjaya memperoleh gol penyamaan pada minit keempat masa kecederaan babak kedua, namun jaringan pemain gantian, Mohd Khyril Muhymeen Zambri dibatalkan selepas didapati menampan bola menggunakan tangan dan kedudukan itu sudah cukup melegakan JDT, yang juga pendahulu kumpulan untuk membawa pulang tiga mata penuh ke Johor Bahru.
Tugas getir dijangka menanti PJ City apabila mereka dijadual bertandang ke Stadium Likas berdepan Sabah pada perlawanan terakhir untuk menentukan pasukan yang layak ke suku akhir, Selasa ini manakala JDT akan bertembung pasukan tercorot, Kelantan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu
Dalam pada itu, Kelantan United FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila tumpas 1-3 kepada Kedah Darul Aman FC dalam saingan Kumpulan C di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.
Gol pertama Kedah tercipta pada minit ke-32 perlawanan menerusi sepakan deras pemain tengah Mohd Syazwan Zainon sebelum kapten Baddrol Bakhtiar menambah derita tuan rumah menerusi jaringan kedua pasukannya pada minit ke-35.
Pada separuh masa kedua, Kelantan United kemudian merapatkan defisit jaringan menerusi sepakan percuma Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi pada minit ke-72 namun Kedah kembali melebarkan kedudukan apabila pemain gantian Mohamad Fayadh Mohd Zulkifli Amin menjaringkan gol ketiga naib juara Liga Super 2021 itu pada minit ke-85.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 06 2021
Antara aksi menarik perlawanan JDT menentang PJ City di Petaling Jaya. Facebook Johor Southern Tigers
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Malaysia: Sri Pahang lolos ke suku akhir, tewaskan Selangor 2-1
Sri Pahang FC berjaya ke suku akhir Piala Malaysia 2024/2025 dengan agregat 3-2 selepas menewaskan Selangor FC 2-1, malam tadi.
Piala Malaysia: Yusri Che Lah mahu pemain kekalkan momentum
Yusri mengakui masih ada ruang yang perlu diperbaiki bagi memastikan Perak terus mara.
Piala Malaysia: JDT belasah KL Rovers 9-0 untuk ke suku akhir
Skuad Harimau Selatan membenam pasukan Liga A1 Semi Pro tersebut, 6-0 pada aksi timbal balik pusingan 16 terakhir di Stadium Sultan Ibrahim.
Piala Malaysia: Negeri Sembilan bertemu Terengganu di suku akhir
Negeri Sembilan FC mara ke saingan suku akhir Piala Malaysia 2024/2025 dengan menyingkirkan PDRM FC.
Sabah melangkah ke suku akhir Piala Malaysia dengan bergaya
Sabah menerima saingan sengit yang menyaksikan kedudukan terikat tanpa jaringan di separuh masa pertama.
Piala Malaysia: Dua jaringan PDRM saat akhir kecewakan NSFC
PDRM FC memulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan selepas mencatat kemenangan tipis 2-1 menentang Negeri Sembilan FC.
Fandi hampa kesilapan minit akhir punca Sri Pahang FC catat seri
Ketua Jurulatih Sri Pahang FC Fandi Ahmad hampa apabila skuad bimbingannya setakat mencatat keputusan seri 1-1 berdepan Selangor FC.
TFC perlu kekal fokus, pastikan layak ke suku akhir
Badrul Afzan Razali berkata momentum kemenangan itu perlu diteruskan dalam perlawanan timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Piala Malaysia: Selangor ikat Sri Pahang, Terengganu tundukkan Melaka
Sri Pahang FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 1-1 ketika bertemu Selangor FC, malam tadi.
Hadiah perpisahan sempurna Kim Swee, Sabah belasah PT Athletic 4-0
Skuad Badak bermula garang dengan membuka tirai jaringan menerusi Saddil Ramdani pada minit ke-12.