awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Malaysia: Kebangkitan PDRM gagal sekat kemaraan Selangor ke suku akhir

Astro Arena
Astro Arena
19/08/2023
21:15 MYT
Piala Malaysia: Kebangkitan PDRM gagal sekat kemaraan Selangor ke suku akhir
Pemain Selangor FC Ahmad Danial Ahmad Asri (tengah) diasak pemain PDRM FC ketika cubaan menjaringkan gol pada perlawanan pusingan ke-16 Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 19 Ogos 2023. --fotoBERNAMA
SELANGOR FC 1 PDRM FC 2
PDRM FC bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Selangor FC 2-1 dalam perlawanan kedua pusingan 16, Piala Malaysia di Stadium Petaling Jaya malam tadi.
Bagaimanapun, ia belum cukup untuk menafikan kemaraan The Red Giants, yang mengesahkan tempat dalam suku akhir hasil kemenangan agregat 5-3.
Berbekalkan kemenangan 4-1 daripada perlawanan pertama di venue sama pada 3 Ogos lalu, Selangor terlebih dahulu memecahkan kebuntuan pada minit ke-25 apabila Yohandry Orozco bertindak bijak menghidu hantaran gemilang Noor Al-Rawabdeh untuk menewaskan penjaga gol, Ramadhan Hamid.
Bagaimanapun, PDRM hanya memerlukan enam minit untuk kembali menghidupkan peluang mereka, di mana Nabil Latpi menyumbat masuk lintangan rendah Uche Agba susulan satu gerakan serangan balas pantas.
Kedua-dua pasukan melepaskan deretan peluang di depan gawang sepanjang separuh masa kedua tetapi gara-gara satu kesilapan yang dilakukan pertahanan Selangor, Yazan Al-Arab, Bruno Suzuki berhasil mencuri bola sebelum melakukan lintangan yang memaksa Harith Haikal Adam Afkar tertampan bola ke gawang sendiri dalam waktu kecederaan.
Dengan keputusan itu, Selangor akan berdepan Terengganu FC dalam dua aksi timbal balik bagi penentuan ke separuh akhir bulan depan.
Topic Berkaitan
#Piala Malaysia
#Selangor FC
#PDRM FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan