Juara bertahan Kelantan menerima kejutan selepas kalah 3-2 kepada Negeri Sembilan dalam perlawanan kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, malam ini.
Kemenangan kedua yang diraih Negeri Sembilan membolehkan mereka merampas kedudukan teratas kumpulan dari Pahang menerusi kutipan tujuh mata berbanding Kelantan, lima mata dengan saingan kumpulan berbaki dua perlawanan.
Dua gol skuad 'The Red Warriors' pada perlawanan itu dijaringkan oleh Indra utra Mahayuddin pada minit ke-37 dan Ahmad Fakri Saarani (48') manakala tiga ol pelawat terhasil menerusi jaringan S.Sivanesan (12') dan Fabio Leandro Barbosa (57' dan 77').
Satu lagi wakil dalam kumpulan C, Terengganu pula menghidupkan peluang ke suku akhir selepas menundukkan jiran mereka, Pahang menerusi kemenangan tipis 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Dua gol skuad Penyu dijaringkan oleh Jean-Emmanuel Effa Owona pada minit ke-63 dan Khairul Ramadhan Zauwawi pada masa kecederaan separuh masa kedua manakala gol tunggal pelawat dihasilkan oleh Azamuddin Mohd Akil pada minit ke-68.
Dalam saingan kumpulan B, pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim (Johor DT) dimalukan diaibkan oleh T-Team 2-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
Penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha meletakkan skuad Harimau Selatan di hadapan pada minit ke-43 sebelum Abdul Latiff Suhaimi dan George Boateng masing-masing menyumbang gol T-Team pada minit ke-81 dan pada masa kecederaan separuh masa kedua.
Felda United FC pula meraih kemenangan sulung selepas empat perlawanan hasil kemenangan tipis 1-0 ke atas Selangor PKNS FC di Stadium Mini, Temerloh, Pahang dalam satu lagi aksi kumpulan B.
Penyerang import 'The Settlers', Emmanuel Mazowa menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-40.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut mencerahkan peluang ke suku akhir selepas menumpaskan Johor FA 4-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dalam saingan kumpulan A.
Empat gol skuad 'The Gladiators' dijaringkan oleh Bruno Sebastian Martelotto (40' dan 90+1'), Marlon Alex James (77') dan Venice Elphi (81') manakala gol tunggal pasukan selatan tanah air itu dijaringkan oleh Mohd Alif Yusof pada minit ke-88.
Sementara itu, Selangor hampir pasti tersingkir daripada kempen Piala Malaysia musim ini selepas hanya sekadar terikat 1-1 menentang Sime Darby FC di Stadium Shah Alam, dalam saingan kumpulan A.
Penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe meletakkan skuad Gergasi Merah di depan pada minit terakhir separuh masa pertama sebelum Karlo Primorac menyamakan kedudukan untuk Sime Darby FC pada minit ke-78.
Dalam saingan kumpulan D, juara Liga Perdana, Sarawak turut mencerahkan peluang ke suku akhir selepas mengalahkan Kedah 4-0 di Stadium Negeri, Kuching.
Empat gol skuad 'Ngap Sayot' dijaringkan oleh Zamri Morshidi pada minit ke- 55, Muamer Salibasic (62'), Bobby Gonzales (74'dan 78').
Kedah kemudian beraksi dengan 10 pemain selepas Mohd Faisal Abu Bakar dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Mohd Amirul Izwan Yaacob pada minit ke-90 kerana mengasari Muamer.
Satu lagi saingan kumpulan D menyaksikan juara Liga Super, Lions XII dari Singapura menundukkan Perak 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Bernama
Sat Aug 31 2013
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Situasi banjir di enam negeri beransur pulih, jumlah mangsa di PPS berkurangan
Situasi banjir di enam negeri menunjukkan perkembangan positif, dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini, berkurangan berbanding malam tadi.
Amaran banjir di empat negeri dari 8 Disember sehingga 11 Disember - JPS
Ia berikutan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), pada Khamis.
Kesedaran orang ramai pindah ke PPS sangat luar biasa - MERCY
Bencana banjir pada tahun ini menunjukkan tahap kesedaran dalam kalangan orang ramai untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementera (PPS) secara sukarela yang sangat mengagumkan.
Banjir di tujuh negeri beransur pulih petang ini
Situasi banjir di tujuh negeri yang terjejas akibat bencana itu semakin pulih petang ini.
Amaran hujan berterusan di tujuh negeri hingga 11 Disember
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang melibatkan tujuh negeri hingga 11 Disember ini.
Banjir: 71,196 mangsa masih berteduh di 246 PPS setakat jam 5 petang
Ini merupakan penurunan sebanyak 1,149 orang berbanding 72,345 orang yang dilaporkan pada jam 4 petang tadi, menurut portal InfoBencanaJKM.
Banjir: Jumlah mangsa menurun kepada 82,059 orang, 322 PPS masih beroperasi di 7 negeri
Ia penurunan sebanyak 3,663 mangsa berbanding 85,722 orang yang dilaporkan pada jam 12 tengah hari.
Hujan lebat dijangka di Kelantan, Terengganu esok, luruan monsun dari 8-14 Disember ini
Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan luruan monsun akan berlaku dari 8 hingga 14 Disember ini di timur Semenanjung.