KUALA LUMPUR: Finalis 2018, Terengganu FC (TFC) mara ke pusingan suku akhir Piala Malaysia dengan bergaya selepas membelasah Perak FC 4-0 pada aksi keempat Kumpulan B di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam tadi.
Umpama pertembungan ulangan final kejohanan berprestij itu pada edisi 2018, namun perlawanan semalam membuktikan Perak FC yang mengalami kemerosotan prestasi musim ini jelas bukan tandingan skuad tuan rumah yang mendominasi 90 minit perlawanan.
Skuad bimbingan Mohd Nafuzi Zain berjaya mendahului 3-0 dalam tempoh 30 minit pertama perlawanan apabila hanya memerlukan 13 minit untuk membuka akaun gol menerusi rembatan kencang Makan Konate dari jarak jauh diikuti jaringan kedua pasukan oleh David Da Silva berselang enam minit.
Dechi Marcel menceriakan kira-kira 4,200 penyokong tuan rumah di stadium dengan gol ketiga pasukan pada minit ke-26 sebelum skuad Bos Gaurus terlepas peluang keemasan untuk merapatkan jurang apabila percubaan Royizzat Daud pada minit ke-29 berjaya diselamatkan penjaga gol.
Gol keempat TFC dijaringkan pemain kebangsaan Faisal Abdul Halim pada minit ke-62 yang tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk mengesahkan kemenangan pasukan sekali gus menyaksikan TFC berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini.
Turut mengikut jejak TFC adalah Selangor FC selepas terpaksa bekerja keras sehingga ke penghujung perlawanan sebelum melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas Kuching City FC dalam satu lagi aksi Kumpulan B di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
Pemain gantian Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim muncul wira skuad Gergasi Merah apabila meledak gol kemenangan pasukan pada masa kecederaan separuh masa kedua selepas kedua-dua pasukan buntu dan perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri.
Pada aksi itu, Selangor FC terlebih dahulu di hadapan menerusi Ahmad Danial Asri yang menanduk bola hantaran Alexander Ameyaw untuk gol ketiga peribadinya dalam kempen Piala Malaysia, namun Kuching City FC bangkit mengikat kedudukan hasil jaringan Michael Ijezie pada minit ke-67.
TFC dan Selangor FC mengesahkan kemaraan ke peringkat kalah mati dengan masing-masing mengumpul 12 dan sembilan mata setakat ini manakala peluang tertutup buat Kuching City FC dan Perak FC selepas kedua-dua pasukan itu hanya mengutip satu mata dalam empat aksi.
Dalam pada itu, saingan Kumpulan A menyaksikan perebutan slot ke pusingan suku akhir semakin sengit antara tiga pasukan teratas iaitu pendahulu Kuala Lumpur (KL) City FC, Sarawak United FC dan Sri Pahang FC.
Ia selepas Sarawak United dan KL City FC terikat 2-2 di Stadium UiTM Shah Alam sementara Sri Pahang FC meneruskan "amukan" mereka dengan berpesta gol menewaskan Penang FC 5-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Di Shah Alam, penyerang prolifik Sarawak United FC Uche Agba dan tonggak serangan pasukan pelawat Romel Morales masing-masing meledak dua gol untuk memaksa kedua-dua pasukan sekadar berpuas hati mengutip satu mata.
Sementara itu, Sri Pahang FC tidak menunjukkan belas kasihan kepada pasukan pelawat dengan Kenny Athiu mencipta 'hatrik' menerusi gol pada minit ke-10, minit ke-35 dan minit ke-81 manakala dua gol lagi masing-masing disumbangkan Abubakar Yakubu (minit ke-21) dan Abdul Malik Mat Ariff pada minit ke-57.
Walaupun seri, KL City FC kekal sebagai pendahulu mengumpul lapan mata diikuti Sarawak United FC (tujuh mata), Sri Pahang FC di tempat ketiga mengumpul enam mata dan Penang FC tercorot mengutip satu mata.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 03 2021
Pemain pasukan TFC Makan Konate (tiga, kiri) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol pertama. - Foto BERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motorsikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Piala Malaysia: Sri Pahang lolos ke suku akhir, tewaskan Selangor 2-1
Sri Pahang FC berjaya ke suku akhir Piala Malaysia 2024/2025 dengan agregat 3-2 selepas menewaskan Selangor FC 2-1, malam tadi.
Piala Malaysia: Yusri Che Lah mahu pemain kekalkan momentum
Yusri mengakui masih ada ruang yang perlu diperbaiki bagi memastikan Perak terus mara.
Piala Malaysia: JDT belasah KL Rovers 9-0 untuk ke suku akhir
Skuad Harimau Selatan membenam pasukan Liga A1 Semi Pro tersebut, 6-0 pada aksi timbal balik pusingan 16 terakhir di Stadium Sultan Ibrahim.
Piala Malaysia: Negeri Sembilan bertemu Terengganu di suku akhir
Negeri Sembilan FC mara ke saingan suku akhir Piala Malaysia 2024/2025 dengan menyingkirkan PDRM FC.
Sabah melangkah ke suku akhir Piala Malaysia dengan bergaya
Sabah menerima saingan sengit yang menyaksikan kedudukan terikat tanpa jaringan di separuh masa pertama.
Piala Malaysia: Dua jaringan PDRM saat akhir kecewakan NSFC
PDRM FC memulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan selepas mencatat kemenangan tipis 2-1 menentang Negeri Sembilan FC.
Fandi hampa kesilapan minit akhir punca Sri Pahang FC catat seri
Ketua Jurulatih Sri Pahang FC Fandi Ahmad hampa apabila skuad bimbingannya setakat mencatat keputusan seri 1-1 berdepan Selangor FC.
TFC perlu kekal fokus, pastikan layak ke suku akhir
Badrul Afzan Razali berkata momentum kemenangan itu perlu diteruskan dalam perlawanan timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Piala Malaysia: Selangor ikat Sri Pahang, Terengganu tundukkan Melaka
Sri Pahang FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 1-1 ketika bertemu Selangor FC, malam tadi.