awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Dua beranak ditahan ketika proses ekstasi
MALAYSIA
Malaysia, Rusia teroka peluang kerjasama baharu termasuk sektor tenaga
MALAYSIA
Presiden Kyrgyz berlepas pulang selepas lawatan rasmi dua hari ke Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

Piala Negara-Negara CAFA medan asah mentaliti pemain Harimau Malaya - Penganalisis

Bernama
Bernama
25/06/2025
04:45 MYT
Sponsor Banner
Piala Negara-Negara CAFA medan asah mentaliti pemain Harimau Malaya - Penganalisis
Kejohanan CAFA dijangka menguji aspek fizikal, psikologi dan taktikal pemain Malaysia. - Gambar fail/Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Penyertaan Malaysia dalam Kejohanan Piala Negara-Negara Persatuan Bola Sepak Asia Tengah (CAFA) 2025 di Uzbekistan, Ogos ini mampu mempersiapkan mentaliti pemain Harimau Malaya dalam menghadapi perlawanan penting.

Ringkasan AI
  • Piala Negara-Negara CAFA 2025 adalah medan penting untuk mengasah mentaliti dan ketahanan Harimau Malaya, terutamanya dalam berdepan pasukan bertaraf Piala Dunia seperti Iran dan Uzbekistan.
  • Kejohanan ini dijangka menguji aspek fizikal, psikologi dan taktikal pemain Malaysia, serta menjadi persiapan penting menjelang saingan kelayakan Piala Asia 2027.
  • Penganalisis melihat kejohanan ini sebagai kayu pengukur sejauh mana Malaysia bersedia bersaing di pentas lebih tinggi, dengan harapan pasukan menunjukkan kematangan dan daya saing setanding gergasi Asia.

Penganalisis bola sepak tempatan Prof Madya Mohamad Nizam Nazarudin berkata penyertaan itu bukan sekadar satu bentuk jemputan tetapi merupakan medan kompetitif bertaraf tinggi yang bakal menguji secara menyeluruh aspek fizikal dan mental skuad kebangsaan.
Beliau berkata anak buah Peter Cklamovski bakal berdepan cabaran sebenar dan kompleks dalam kejohanan itu nanti berikutan kehadiran dua gergasi Asia, Iran dan Uzbekistan yang masing-masing telah layak ke Piala Dunia 2026.
"Secara realistik, jurang prestasi antara Malaysia dan lawan-lawan ini bukan sahaja terletak pada aspek teknikal tetapi lebih mendalam pada dimensi psikologi kompetitif iaitu keupayaan untuk beraksi tanpa gentar dalam perlawanan berprofil tinggi.
"Rekod menunjukkan Harimau Malaya sering bergelut apabila berdepan kuasa besar Asia, maka Piala Negara-Negara CAFA boleh dilihat sebagai platform untuk mengasah big game mentality, iaitu kemampuan mengekalkan fokus, keyakinan serta keupayaan taktikal dalam situasi tekanan maksimum," katanya kepada Bernama.
Pensyarah Kanan Sukan dan Rekreasi Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata perbezaan antara tahap tertinggi bola sepak Asia dan Asia Tenggara terletak pada kadar tempo permainan yang tinggi, konsistensi intensiti fizikal dan keupayaan bertahan serta menyerang dengan transisi pantas secara berulang.
"Pasukan seperti Iran beraksi dengan taktikal tekanan tinggi dan fast recovery yang bukan sekadar menguji daya tahan fizikal tetapi juga keupayaan kognitif pemain untuk membuat keputusan dalam ruang dan masa yang sangat terhad.
"Uzbekistan pula terkenal dengan kejelasan struktur taktikal dan kepantasan dalam permainan kombinasi, satu bentuk ancaman yang tidak dapat disekat tanpa adanya kecergasan kardiovaskular maksimum serta literasi taktikal secara dinamik," katanya yang juga bekas Ketua Sains Sukan dan Penganalisis Prestasi Sabah FC.
Sementara itu, seorang lagi penganalisis bola sepak tempatan Datuk Dr Pekan Ramli berkata penyertaan dalam kejohanan itu harus dilihat sebagai peluang keemasan untuk beraksi menentang pasukan-pasukan yang berada pada tahap setanding dengan keupayaan semasa skuad kebangsaan.
Beliau berkata ia boleh dijadikan kayu pengukur tahap kehebatan pasukan negara terutama selepas membelasah Vietnam 4-0 dalam kempen pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 di sini, bulan ini.
"Kena buktikan bahawa kita bukan lagi jaguh kampung dan sudah bersedia untuk terbang lebih tinggi setanding dengan Iran dan Uzbekistan yang sudah layak ke Piala Dunia 2026 serta Oman.
"Kejohanan berkenaan boleh melatih pemain Harimau Malaya untuk memperkukuh mentaliti perlawanan penting dan mempersiapkan pemain dengan tempo permainan berintensiti tinggi," katanya.
Isnin lepas, Cklamovski mengumumkan Malaysia akan menyertai Piala Negara-Negara CAFA 2025 yang dijadual dari 26 Ogos hingga 9 Sept depan dengan menyifatkan kejohanan itu akan menguji pasukannya dalam pelbagai aspek di dalam dan luar padang.
Selain Iran yang menduduki ranking ke-18 dunia, Uzbekistan (57) dan Malaysia (131), turut menambah kehangatan kejohanan ialah Oman (77), Kyrgyzstan (103), Tajikistan (104), Turkmenistan (142) dan Afghanistan ke-160 dunia.
Selepas kejohanan itu, Malaysia akan menyambung baki saingan Kumpulan F pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos di Vientiane pada 9 Okt dan di sini (14 Okt) sebelum bertemu Nepal di Kathmandu (18 Nov) dan berdepan Vietnam di tempat lawan pada Mac tahun depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kejohanan Piala Negara-Negara Persatuan Bola Sepak Asia Tengah
#CAFA
#harimau Malaya
#Peter Cklamovski
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami