awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
Denda RM3.81 juta bagi kesalahan alam sekitar tahun ini - JAS Johor
Usahawan muda angkat kembali warisan atap nipah dan rumbia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Sudirman: 'Ada juga yang bangang' - Faizal Azumu kecam komen berunsur perkauman

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
03/10/2021
03:24 MYT
Piala Sudirman: 'Ada juga yang bangang' - Faizal Azumu kecam komen berunsur perkauman
AHMAD FAIZAL: Ada di kalangan keluarga Malaysia kita ini dia macam umpama setandan pisang, ada yang elok ada yang buruk. -Gambar fail
IPOH: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membidas kalangan netizen yang mengeluarkan komen berunsur perkauman terhadap salah seorang pemain badminton negara, selepas skuad muda negara itu terkandas di peringkat separuh akhir Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland, pada Sabtu malam.
Menurutnya, komen seumpama itu tidak wajar sama sekali kerana semua pemain negara tanpa mengira kaum dan agama bersama-sama berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia.
"Ada di kalangan keluarga Malaysia kita ini dia macam umpama setandan pisang, ada yang elok ada yang buruk.
"Jadi ada juga keluarga kita ini yang bangang-bangang dan bodoh yang tak tahu guna bahasa baik tak kira keluarga Malaysia kita ini dari kalangan orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Murut.
"Tak kira bangsa, mereka berjuang untuk mengharumkan negara nama Malaysia.
"Jangan kita hina bangsa, kulit, agama sesiapa juga yang telah berjuang untuk negara kita," kata Ahmad Faizal yang ditemui selepas melawat satu keluarga yang memerlukan rumah di Manjoi, pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika mengulas komen netizen di dalam media sosial yang disifatkannya berunsur perkauman terhadap pemain perseorangan wanita negara yang tewas kepada lawannya dari Jepun.
Pada Sabtu malam, skuad muda badminton negara terkandas di peringkat separuh akhir Piala Sudirman 2021 selepas tumpas 1-3 di tangan Jepun.
Terdahulu, mereka memberi persembahan cemerlang sebelum menewaskan musuh tradisi Indonesia 3-2 pada peringkat suku akhir.
Topic Berkaitan
#komen netizen
#Keluarga Malaysia
#Ahmad Faizal Azumu
#Piala Sudirman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan