awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
Keputusan NFA kes Ahmad Zahid di bawah kuasa penuh Peguam Negara - Saifuddin Nasution
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Sudirman: Malaysia berdepan rintangan Indonesia dalam suku akhir

Astro Arena
Astro Arena
30/09/2021
21:14 MYT
Piala Sudirman: Malaysia berdepan rintangan Indonesia dalam suku akhir
Lee Zii Jia tumpas kepada jaguh nombor satu dunia, Kento Momota, 18-21, 10-21. - Stadium Astro
VANTAA: Malaysia diundi berdepan musuh tradisi serantau, Indonesia, selepas menamatkan perjuangan dalam Kumpulan D, Piala Sudirman 2021, sebentar tadi di tempat kedua.
Kekalahan 1-4 kepada Jepun di Vantaa, Finland, semalam menyimpulkan skuad negara perlu meningkatkan usaha untuk melepasi halangan suku akhir yang bermula 9 malam, hari ini.
Skuad negara memulakan aksi semalam dengan kemenangan menerusi beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Namun, ia bukan untuk dijelmakan apabila perlu mengerah keringat sebelum mencapai kemenangan 22-20, 14-21, 21-16 ke atas Takuro Hoki-Yuko Kobayash.
Begitupun, rentak itu gagal dipertahankan wakil selebihnya apabila masing-masing kecundang straight set.
Akane Yamaguchi kemudian menunjukkan kepada S. Kisona bahawa perseorangan wanita negara selaku juara Sukan SEA 2019 itu untuk lebih bersiap sedia mencabarnya sebagai pemain elit kelima dunia dengan kemenangan 21-14, 21-14.
Harapan untuk Malaysia kembali memimpin pertarungan itu tidak menjadi kenyataan apabila Lee Zii Jia tumpas kepada jaguh nombor satu dunia, Kento Momota, 18-21, 10-21.
Malah, beregu negara, Pearly Tan-M Thinaah, juga harus segera bangkit di samping mencari jalan penyelesaian apabila buntu mengatasi lawan mereka.
Kecederaan pergelangan kaki pada awal permainan Chiharu Shida pada awalnya dilihat boleh menjadi titik tolak kepada beregu wanita itu.
Bagaimanapun, Shida dan pasangannya, Nami Matsuyama, tetap kental beraksi selain dibantu aksi agak gopoh pemain Malaysia itu untuk meraih kemenangan 21-16, 21-17 sebelum beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See, kecundang 16-21, 9-21 kepada Yuta Watanabe-Arisa Higashino.
Keputusan penuh undian suku akhir:
China lawan Denmark Korea Selantan lawan Thailand Jepun lawan Taiwan Indonesia lawan Malaysia
Topic Berkaitan
#badminton
#Sudirman Cup
#suku akhir
#skuad negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan