SUKAN

Piala Sumbangsih: Kalau JDT kalah esok, saya tinggalkan bola sepak - TMJ

Madiha Abdullah 25/02/2022 | 12:02 MYT
Ia membayangkan keyakinan tinggi Tunku Ismail selepas tewas mengejut kepada KL City dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, tahun lalu. - Gambar fail/Instagram/hrhcrownprinceofjohor
KUALA LUMPUR: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim akan 'meninggalkan' sukan bola sepak jika pasukan itu tewas kepada Kuala Lumpur City (KL City) dalam persaingan merebut Piala Sumbangsih 2022, esok.
Hal itu diluahkan sendiri oleh beliau yang mesra disapa TMJ, melalui ruang komen pada kemas kini di laman Instagram rasmi JDT.
“Jikalau kalah esok, saya tinggalkan bola sepak sepenuhnya dan tidak akan terlibat lagi dengan apa-apa aktiviti bola sepak dalam negara,” tulisnya.
Tangkap layar kenyataan TMJ di Instagram.
Ia membayangkan keyakinan tinggi Tunku Ismail terhadap JDT selepas tewas mengejut kepada pasukan yang sama dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, tahun lalu.
Dalam perlawanan itu, KL City berjaya menundukkan JDT 2-0.
Berbeza dengan sebelum ini, saingan Piala Sumbangsih kali ini diasingkan daripada Liga Super sekali gus sebarang keputusan perlawanan tersebut tidak akan memberi sebarang mata kepada kedua-dua pasukan.
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim #JDT #KL City #bola sepak #Piala Sumbangsih