awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Super UEFA: Ancelotti tidak jamin beri Mbappe penampilan pertama

Astro Arena
Astro Arena
14/08/2024
05:00 MYT
Piala Super UEFA: Ancelotti tidak jamin beri Mbappe penampilan pertama
Mbappe (kanan) menyertai Madrid secara ejen bebas pada Jun lalu dan kini telah memulakan latihan bersama pasukan itu. - Stadium Astro
CARLO Ancelotti kekal berahsia apabila ditanya mengenai peluang Kylian Mbappe untuk membuat penampilan sulung bersama Real Madrid dalam aksi Piala Super UEFA awal pagi esok.
Madrid memenangi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan menewaskan Borussia Dortmund 2-1 pada Jun lalu untuk bertemu pemenang Liga Europa, Atalanta, di Warsaw.
Ancelotti, sewaktu pramusim sebelum ini, berkata bahawa dia merancang untuk menggunakan pemain yang membantu mereka memenangi trofi musim lalu bagi perlawanan Piala Super berkenaan.
Mbappe menyertai Madrid secara ejen bebas pada Jun lalu dan kini telah memulakan latihan bersama pasukan itu selepas penglibatannya bersama Perancis dalam Euro 2024.
Dan walaupun Ancelotti tetap membisu tentang bagaimana Mbappe boleh digunakan itu, dia juga tidak menafikan bakal memberikan penampilan pertama buat pemain Perancis itu bersama jersi Madrid.
"Mbappe telah tiba dengan baik, sama seperti pemain lain yang menyertai kami minggu lalu.
"Kami tidak mempunyai banyak masa untuk berlatih tetapi kami bermain dengan sangat baik dan Kylian juga telah tiba dalam keadaan yang baik. Dia menyesuaikan diri dengan sangat baik. Jelas sekali, semua orang yang berada di sini boleh bermain esok," kata Ancelotti dalam sidang media. -- Astro Arena
Topic Berkaitan
#Carlo Ancelotti
#Kylian Mbappe
#Real Madrid
#Piala Super Uefa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan