awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Suzuki AFF: Aidil Zafuan gusar kekurangan skuad negara dieksploitasi Kemboja

Astro Arena
Astro Arena
05/12/2021
20:58 MYT
Piala Suzuki AFF: Aidil Zafuan gusar kekurangan skuad negara dieksploitasi Kemboja
Aidil Zafuan mengakui skuad negara tidak memiliki persiapan yang sempurna menjelang kejohanan Piala Suzuki AFF 2020 di Stadium Bishan, Singapura petang ini. - Foto Astro ARENA
PERSIAPAN singkat dan ketiadaan pemain utama menjadi kekurangan skuad negara dan perlu berwaspada dengan ancaman Kemboja, demikian kata kapten Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, menjelang perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF 2020 di Stadium Bishan, Singapura petang ini.
Malaysia hanya membawa 24 pemain dalam edisi kali ini degan ketiadaan beberapa tonggak utama.
Lebih memburukkan keadaan, terdapat desas-desus yang mengaitkan dua pemain negara terpaksa dikuarantin selama 10 hari selepas didapati positif COVID-19 semalam.
Aidil Zafuan mengakui skuad negara tidak memiliki persiapan yang sempurna menjelang kejohanan itu tetapi berharap keserasian segera dapat dipupuk sesama pemain bagi mengelakkan mereka dikejutkan oleh pasukan di ranking ke-170 dunia, Kemboja, dalam perlawanan pembukaan itu.
"Saya mahukan pemain lebih fokus bagi perlawanan esok kerana kami kebanyakannya kekurangan masa (untuk melakukan persiapan) dan tiada aksi persahabatan sebelum kejohanan sebenar," katanya dalam sidang media secara maya seperti yang dipetik Nadi Weekend semalam.
"Kami tidak tahu bagaimana cara permainan kami sebelum ini, jadi ia membuatkan saya sedikit risau.
"Tetapi apapun, itu tidak boleh dijadikan sebagai alasan dan saya harap kami dapat segera menemui rentak permainan -- sepantas yang mungkin.
"Kerana jika kami lambat mencari rentak, mungkin kami akan dihukum oleh Kemboja.
"Saya fikir tiga mata dalam perlawanan ini amat penting buat pemain untuk kami mendapatkan keyakinan bagi perlawanan seterusnya, terutama ketika kami menentang Vietnam, Indonesia mahupun Laos.
"Apapun yang terjadi, kami tetap perlu mencari kemenangan, kami tidak boleh kalah dalam perlawanan ini," katanya.
Selepas aksi menentang Kemboja, Malaysia akan menentang Laos pada Khamis depan sebelum bertemu Vietnam dan Indonesia, masing-masing pada 12 dan 19 Disember ini.
Kapten skuad negara, Aidil Zafuan lahirkan kebimbangan tentang persiapan yang singkat & keserasian pemain Cmon guys! Focus & good luck for tomorrow's match okay! @FAM_Malaysia pic.twitter.com/eILGoP8FzH
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 5, 2021
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#Aidil Zafuan Abdul Radzak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan