awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuepacs ingatkan penjawat awam urus kenaikan gaji secara berhemat, berdisiplin
Suruhanjaya Bangladesh dedah 287 mangsa culik era Sheikh Hasina dibunuh
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Jan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe gesa tiada kesilapan mudah bertemu Vietnam

Astro Arena
Astro Arena
12/12/2021
00:23 MYT
Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe gesa tiada kesilapan mudah bertemu Vietnam
CHENG HOE: Vietnam mempunyai lebih waktu rehat sehari dan harap-harap pemain saya sempat pulih daripada keletihan, terutama selepas beraksi dua perlawanan pada waktu petang. - Gambar fail BERNAMA
KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menuntut pemain negara agar tidak melakukan kesilapan mudah sewaktu berdepan Vietnam dalam aksi Kumpulan B, Piala Suzuki AFF di Stadium Bishan malam ini.
Jelasnya, dengan kedudukan ranking yang lebih baik, pasukan seperti Vietnam pasti akan memanfaatkan setiap kesilapan individu pemain negara, terutama selepas mereka mempunyai lebih waktu rehat sehari berbanding Harimau Malaya.
"Sudah pasti setiap jurulatih mempunyai perancangan untuk menang dalam setiap perlawanan," katanya dalam sidang media secara maya seperti yang dipetik Nadi Weekend.
"Seperti yang kita tahu, Vietnam mempunyai lebih waktu rehat sehari dan harap-harap pemain saya sempat pulih daripada keletihan, terutama selepas beraksi dua perlawanan pada waktu petang.
"Perkara paling utama adalah kami perlu sentiasa fokus dan menumpukan perhatian sepanjang perlawanan, yang mana kami tidak boleh melepaskan sebarang gol mudah disebabkan kesilapan individu. "Kami perlu bertahan dan menyerang sebagai satu pasukan," katanya.
Mengulas lanjut, Cheng Hoe menambah: "Kami perlu lakukan apa yang perlu kami lakukan dengan pemain yang ada.
"Jangkaannya ketika ini amat tinggi untuk bertemu Vietnam, yang kita sedia ketahui cara permainan mereka -- mereka bertahan dengan amat kuat dan bekerjasama.
"Kami mendapati ramai pemain mereka sudah meningkat daripada segi kemahiran teknikal dan taktikal.
"Jadi, kami perlu fokus terhadap peralihan permainan mereka yang kerap memerangkap kami sebelum ini.
"Harap-harap pemain saya dapat fokus sewaktu peralihan permainan di antara menyerang dan bertahan," katanya.
Sumber Facebook FAMalaysiaOfficial
Topic Berkaitan
#Vietnam
#Tan Cheng Hoe
#harimau Malaya
#Piala Suzuki AFF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan