awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sanusi minta hidupkan kembali semangat Muafakat Nasional menjelang PRU16
[KOLUMNIS] Melangkaui ranking konvensional: Membina universiti berjiwa sebagai tunjang peradaban
Kekosongan 3 DUN: "Harap jangan sampai PRK diadakan" - MB Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik pula kecundang di tangan pemain Indonesia

Astro Awani
Astro Awani
15/10/2021
13:54 MYT
Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik pula kecundang di tangan pemain Indonesia
Sebelum ini, media melaporkan Malaysia berpeluang menebus kekalahan kepada Indonesia selepas kedua-dua pasukan itu diundi sekali lagi bertemu pada saingan suku akhir Piala Thomas hari ini. - Gambar fail
BEREGU negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas kepada pasangan Indonesia Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dalam perlawanan kedua aksi suku akhir Piala Thomas di Arena Ceres, di Aarhus, Denmark, sebentar tadi.
Pemain negara itu tewas 17-21 di set pertama, sebelum bangkit memberi cabaran di set kedua dengan kedudukan 21-16. Mereka bagaimanapun kecundang 15-21 di set penentuan.
Terdahulu, perseorangan negara, Lee Zii Jia tewas kepada pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting.
Zii Jia tewas 21-15 dalam set pertama dan 21-17 pada set kedua.
Kedudukan ketika ini adalah Malaysia 0 dan Indonesia 2.
Saingan seterusnya adalah membabitkan Ng Tze Yong menentang Jonatan Christie; Goh Sze Fei-Nur Izzuddin menentang Fajar Alfian-Muhammad Rian Addianto dan Leong Jun Hao menentang Shesar Hiren Rhustavito.
Sebelum ini, media melaporkan Malaysia berpeluang menebus kekalahan kepada Indonesia selepas kedua-dua pasukan itu diundi sekali lagi bertemu pada saingan suku akhir Piala Thomas hari ini.
Malaysia, yang muncul naib juara Kumpulan D selepas tewas 4-1 kepada Jepun di Arena Ceres di sini pada Khamis, tewas 3-1 kepada Indonesia pada peringkat sama pada edisi 2018 di Bangkok.
Indonesia pula yang muncul juara Kumpulan A, telah memenangi piala berprestij itu sebanyak 13 kali, manakala Malaysia lima kali dengan kali terkahir pada tahun 1992 di Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#Piala Thomas
#Malaysia
#Indonesia
#suku akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan