awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Thomas: Jun Hao terkedu kekalahan mengejut Malaysia

Bernama
Bernama
12/05/2022
21:30 MYT
Piala Thomas: Jun Hao terkedu kekalahan mengejut Malaysia
Reaksi Jun Hao ketika menentang Prannoy pada perlawanan suku akhir Kejohanan Piala Thomas di Stadium Impact Arena Bangkok, 12 Mei 2022. --fotoBERNAMA
BANGKOK: Terpinga-pinga dan terkedu.
Begitulah reaksi pemain perseorangan ketiga Malaysia, Leong Jun Hao selepas dia gagal bangkit untuk meneruskan perjuangan membantu pasukan negara menamatkan kemarau 30 tahun kejuaraan Piala Thomas, di sini.
Jun Hao, mengalami kekalahan straight set kepada Prannoy H.S. 13-21, 8-21 dalam persaingan sengit bagi menentukan tempat ke separuh akhir Pusingan Akhir Piala Thomas 2022 di Impact Arena.
"Memang tak tahu nak cakap apa, saya tak beri sumbangan kepada Malaysia," kata Jun Hao yang sebak ketika ditemui pemberita selepas perlawanan di zon campuran di sini.
India memusnahkan harapan Malaysia dengan keputusan 3-2 sekali gus mencipta sejarah tersendiri untuk mara ke separuh akhir buat pertama kali dalam kejohanan berpasukan badminton paling berprestij di dunia itu.
Bagaimanapun, Jun Hao, yang berada di kedudukan ke-124 terbaik dunia, berikrar untuk tampil lebih bertenaga dan memberikan sumbangan membanggakan buat Malaysia pada masa hadapan.
Dalam pada itu, pemain beregu lelaki Malaysia Nur Izzuddin Rumsani berkata permainan hari ini tidak berjalan lancar manakala pasangannya Goh Sze Fei mengakui mereka amat sukar untuk mengutip mata ketika menentang lawan, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty memandangkan kekuatan pertahanan beregu India itu pada sepanjang perlawanan.
Satwiksairaj-Chirag memberi inspirasi kepada kebangkitan India selepas ketinggalan satu perlawanan untuk mengikat kedudukan 1-1 apabila mereka menundukkan Sze Fei-Nur Izzuddin, 21-19, 21-15, pada perlawanan kedua.
Sementara itu, Prannoy yang berusia 29 tahun menyifatkan perlawanan ketiga sebagai perlawanan 'hidup atau mati' dan berbangga membantu pasukannya mara ke perlawanan separuh akhir esok.
"Tekanan sentiasa ada apabila kedudukan terikat 2-2. Saya merasakan bahawa edisi ini adalah ruang untuk kita turun beraksi habis-habisan," katanya.
Pemain nombor 23 dunia itu juga percaya bahawa beliau kini berupaya untuk mengalahkan pemain terbaik dunia.
"Saya amat yakin dan mengenali diri saya. Saya boleh menewaskan sesiapa sahaja tetapi saya perlu lebih konsisten kerana itulah yang akan membuatkan anda menjadi pemain yang lebih baik," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Leong Jun Hao
#pemain perseorangan ketiga Malaysia
#Piala Thomas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan