awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Thomas: Malaysia bertemu India dalam suku akhir

Bernama
Bernama
11/05/2022
23:40 MYT
Piala Thomas: Malaysia bertemu India dalam suku akhir
Malaysia diundi bertemu India, Naib Juara Kumpulan C pada suku akhir Final Piala Thomas dalam undian yang berlangsung di Bangkok, 12 Mei 2022. --fotoBERNAMA
BANGKOK: Malaysia yang merupakan Juara Kumpulan D diundi bertemu India, Naib Juara Kumpulan C pada suku akhir Final Piala Thomas dalam undian yang berlangsung di sini hari ini.
Malaysia akan berhadapan Korea Selatan atau Denmark sekiranya layak ke separuh akhir.
Undian hari ini juga menyaksikan juara bertahan Indonesia bertemu China yang merupakan seperti satu ulangan final tahun lepas sementara Juara Kumpulan C, Taiwan akan menentang Jepun.
Mengulas mengenai undian ini, Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Dr Tim Jones berkata skuad negara tidak akan mengambil mudah cabaran dari India kerana ia mempunyai barisan pemain yang mantap pada edisi tahun ini.
"Bagaimanapun, kami merasa yakin selepas berhadapan dengan Jepun dan kami sedia untuk bertemu dengan sesiapa pun pada waktu ini, ayuh , ke suku akihir," katanya kepada wartawan ketika ditemui selepas sesi cabutan undian itu.
Tim juga gembira menyaksikan kemenangan Malaysia ke atas Juara 2014, Jepun terutamanya aksi hebat Lee Zii Jia menumpaskan Kento Momota yang beliau percaya akan melonjakkan keyakinan pemain itu menjelang perlawanan suku akhir menentang India.
Sementara itu, pemain perseorangan nombor satu negara, Zii Jia percaya perlawanan suku akhir kali ini adalah seimbang selepas beberapa pemain ternama seperti Kento dari Jepun dan wakil Indonesia Anthony Sinisuka Ginting bergelut dengan prestasi masing-masing ketika ini.
Terdahulu, Zii Jia mengatasi pesaing utamanya Kento Momota 21-17, 21-8 untuk membantu Malaysia muncul Juara Kumpulan D selepas menewaskan Jepun 3-2.
Pada masa sama, ketua pasukan Aaron Chia yang bergandingan dengan bekas teman regunya dalam edisi 2018, Teo Ee Yi menyumbangkan mata kemenangan Malaysia dengan mengatasi beregu Jepun Akira Koga-Yuta Watanabe, 22-20, 21-17 dalam satu perlawanan yang sungguh menarik.
Undian suku akhir lain:
Piala Uber:
Jepun lwn Taiwan
Korea Selatan lwn Denmark
India lwn Thailand
Indonesia lwn China
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Thomas
#Kumpulan D
#India
#Cabutan undian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan