BANGKOK: "Bukan tentang menang atau kalah tapi meneruskan momentum selepas menang peringkat kumpulan ke atas Jepun."
Pengarah kejurulatihan beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky berkata demikian ketika menjelaskan keputusannya menurunkan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk bermain sebagai beregu pertama dalam perlawanan suku akhir menentang India, pada Kejohanan Piala Thomas 2022 di Impact Arena di sini pada Khamis.
Malaysia tewas 2-3 dalam perlawanan tersebut.
Beliau berkata beregu nombor 13 dunia itu dipilih kerana mereka berjaya melaksanakan peranan dalam saat penting ketika diturunkan sebagai beregu pertama dalam saingan peringkat kumpulan berdepan Jepun, dengan menewaskan beregu nombor empat dunia Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-19, 21-16, sekali gus membantu Malaysia meraih kemenangan 3-2 dan muncul juara Kumpulan D Rabu lepas.
Namun, juara Terbuka Jerman 2022 itu gagal memenuhi jangkaan dan dikalahkan 19-21, 15-21 oleh Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, justeru mencetus kebangkitan India yang ketinggalan 0-1 selepas tewas pada perlawanan pembukaan.
"Saya bukan kata ia adalah betul atau salah, tetapi saya cuma mahu memanfaatkan momentum daripada kemenangan pasukan. Tetapi, akhirnya, realiti di atas gelanggang memberi kesan kepada prestasi pemain kita.
"Jika saya menurunkan Soh Wooi Yik, jika kita kalah ia masih sama bukan?" ujar Rexy kepada pemberita Malaysia ketika ditemui di hotel penginapan pasukan negara di sini semalam.
Kejayaan Satwiksairaj-Chirag menyemarakkan semangat pasukan India untuk mengetepikan cabaran Malaysia dan seterusnya layak buat pertama kali ke separuh akhir Piala Thomas.
Jurulatih dari Indonesia itu bagaimanapun mengambil tanggungjawab atas kekalahan tersebut, menyatakan beliau yang memutuskan barisan pemain.
Namun, tegasnya, jika pemain negara menunjukkan semangat juang yang lebih tinggi, mereka mungkin mampu menewaskan India.
"Walaupun anda telah bersiap sedia dengan baik, anda akan tetap gagal jika tidak mempunyai semangat juang," katanya
Rexy turut menafikan bahawa Malaysia memandang rendah cabaran India semalam dan berkata mereka adalah pasukan yang baik, terutama pemain perseorangan.
Sementara itu pengarah kejurulatihan perseorangan BAM Wong Choong Hann, yang memuji prestasi cemerlang jaguh perseorangan negara Lee Zii Jia dalam kempen Piala Thomas kali ini, turut mengakui perseorangan kedua dan ketiga India Srikanth Kidambi dan Prannoy H.S. jauh lebih handal daripada Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao.
Choong Hann percaya kekalahan itu telah memberi anak buahnya pengajaran bahawa mereka perlu mempunyai 'semangat yang tinggi dan kekuatan' untuk bermain pada peringkat tinggi.
"Kenyataan yang pahit ialah saya percaya bahawa pemain kita akan belajar daripada pengalaman ini kerana sukar bagi mereka untuk melihat lawan meraikan kejayaan di depan mata, serta intensiti semua perlawanan," katanya.
Kekalahan dengan India bermakna penantian Malaysia untuk merangkul piala berprestif itu, yang kali terakhir dimenangi pada 1992 di Kuala Lumpur, berterusan.
Kali terakhir Malaysia mara melebihi peringkat suku akhir ialah pada edisi 2016 di China iaitu sehingga separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022
Aksi Pemain Badminton beregu negara Goh Sze Fei (kiri) dan Nur Izzuddin membalas hantaran lawannya dari India. - Foto BERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Jenazah semua mangsa selamat tiba di HRPB, Ipoh
Jenazah mangsa dibawa ke hospital menggunakan van jenazah dengan diiringi empat motosikal dan lima kenderaan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Nahas helikopter Lumut: 2 Pegawai Memerintah Skuadron, ini senarai mangsa terkorban
Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.
Bursa Singapura: Perubahan peraturan bantu pelabur panggil mesyuarat khas
Peraturan baharu itu boleh menjadi langkah positif dalam usaha memperbaik tadbir urus korporat.
Airasia Consulting teruskan libat urus bagi nyahlabur Srilankan Airlines
AirAsia Consulting berhasrat untuk meneruskan libat urus dengan pihak International Finance Corporation (IFC) yang diberi mandat memberi nasihat kepada kerajaan Sri Lanka berhubung usaha nyahlabur dalam SriLankan Airlines Ltd.
Harga minyak: Peningkatan harga beri kesan positif dan negatif - SERC
Terdapat kebimbangan mengenai "kesan pesanan kedua" bekalan minyak yang dijangka menyebabkan kenaikan harga tenaga dan seterusnya inflasi. Ini akan melemahkan perbelanjaan pengguna dan permintaan pelaburan.
Victoria Beckham sifatkan reunion Spice Girls hadiah terbaik sambut usia ke-50
Victoria Beckham Sifatkan Reunion Spice Girls Hadiah Terbaik Sambut Usia 50
Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium untuk graduan dalam bidang itu secara optimum.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
Pasaran buruh: Produktiviti tenaga kerja masih perlu dipertingkat
Kadar pengangguran telah menurun kepada paras sebelum wabak Covid-19 sebanyak 3.3 peratus pada suku keempat 2023, namun, kadar pengangguran berasaskan kemahiran berada pada 37.4 peratus dalam tempoh yang sama.
Kewangan: Golongan Millenial, Gen Z Malaysia teraju perbankan Islam
Malaysia juga mempunyai kadar tertinggi pengguna yang hanya menggunakan perbankan Islam (42 peratus), berbanding hanya lebih suku (26 peratus) daripada responden global.
Piala Thomas: Status penyertaan Zii Jia terjawab esok - Rexy
Teka teki di sebalik penyertaan pemain profesional negara Lee Zii Jia, ke dalam skuad Piala Thomas 2024 di Chengdu, China, bakal diketahui esok.
Pearly-Thinaah tidak diturunkan untuk Piala Uber
Beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M Thinaah tidak akan disenaraikan pada saingan Piala Uber 2024 yang bakal berlangsung di Chengdu, China bermula 27 April hingga 5 Mei ini.
Piala Thomas: Beregu perlu curi mata menentang Denmark - Rexy
Katanya, Malaysia berpotensi mendapat mata dari kem beregu memandangkan barisan perseorangan lelaki dijangka berdepan laluan mencabar.
Piala Thomas: Rexy tidak mahu insiden di BATC 2024 berulang di Chengdu
Pada saingan BATC, skuad lelaki mengalami detik mencemaskan selepas Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong terpaksa direhatkan bagi beberapa perlawanan.
Tze Yong masih berpeluang realisasi misi Olimpik Paris andai juarai BAC 2024
Ng Tze Yong masih berpeluang membuat penampilan sulung pada Sukan Olimpik 2024 aris sekiranya berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAC) 2024.
Mental pemain 'goyah' dengan perubahan taktikal pada aksi final BATC 2024
Situasi itu berlaku apabila dua tonggak perseorangan utama negara terpaksa direhatkan susulan tidak berada dalam keadaan cergas sepenuhnya.
ABM tagih khidmat bekas pemain Indonesia, bantu prestasi Pearly-Thinaah
Keputusan untuk mengambil kedua-dua bekas pemain dipersetujui oleh jawatankuasa RTG bagi meningkatkan lagi prestasi beregu negara itu.
Rexy perlu saji 'ramuan baharu' kepada pemain untuk layak Olimpik - James
Tegas James, harapan rakyat Malaysia menggunung untuk menyaksikan atlet kesayangan mereka mempamerkan aksi berimpak tinggi.
Rexy kecewa Aaron-Wooi Yik, Tang Jie-Ee Wei tidak manfaat perlawanan pertama
Rexy kecewa apabila kedua-dua wakil negara tidak memanfaatkan peluang untuk menang perlawanan pertama peringkat kumpulan pada aksi Jelajah Dunia Akhir BWF 2023.
Prestasi pemain badminton Malaysia: Hanya 70 peratus puas hati kata Rexy
Rexy berkata beliau hanya 70 peratus berpuas hati dengan prestasi keseluruhan skuad badminton negara, sepanjang tahun ini.