SPORTS
Piala Thomas: Zii Jia kecundang di tangan Momota
Zii Jia tumpas 12-21 di set kedua dan 23-21 di set penentuan. - Gambar fail
PEMAIN perseorangan negara, Lee Zii Jia tewas kepada pemain Jepun, Kento Momota, dalam aksi terakhir Kumpulan D Piala Thomas di Arena Ceres, di Aarhus, Denmark, sebentar tadi.
Zii Jia yang juga pemain nombor lapan dunia, bermula cemerlang di set pertama dengan kemenangan 21-15 ke atas Momota yang juga pemain nombor satu dunia.
Dia bagaimanapun tumpas 12-21 di set kedua dan 23-21 di set penentuan.
Kemenangan Momota meletakkan Jepun mendahului Malaysia 1-0 ketika ini.
Pertemuan Malaysia-Jepun ini bagi menentukan juara dan naib juara kumpulan dengan kedua-dua pasukan sudahpun melayakkan diri ke suku akhir selepas menewaskan satu lagi pencabar dalam Kumpulan D, Kanada.