SUKAN

Pilates, Sheila Majid dan kecergasan

Astro Arena 11/11/2025 | 09:17 MYT
Menariknya, pada usia mencecah 60 tahun, Shiela kelihatan masih kekal cergas dan bertenaga sepanjang lebih dua jam konsert istimewa itu. - Stadium Astro
RATU Jazz Negara, Datuk Sheila Majid meraikan ulang tahun ke-40 dalam bidang muzik bersama 9,000 peminat setianya di venue ikonik sukan badminton iaitu Axiata Arena, pada Sabtu lalu.


Ringkasan AI
  • Datuk Sheila Majid meraikan ulangtahun ke-40 dalam bidang muzik bersama 9,000 peminat di Axiata Arena.
  • Sheila tetap cergas dan bertenaga pada usia 60 tahun dengan mengamalkan Pilates, turut dengan suaminya, Datuk Acis.
  • Pilates, diperkenalkan pada 1920, semakin popular di Malaysia walaupun kos latihan agak tinggi, bermula RM25/jam.


Menariknya, pada usia mencecah 60 tahun, Shiela kelihatan masih kekal cergas dan bertenaga sepanjang lebih dua jam konsert istimewa yang dinamakan Sheila Majid 40 Years In Music itu.

Meninjau rahsia di sebalik persembahan mantapnya, Sheila rupanya mengamalkan senaman yang menjadi trend masa kini iaitu Pilates dalam rangka persiapannya tahun ini. Sheila turut mendapatkan khidmat jurulatih peribadi bagi membimbing dan memantau perkembangannya dalam Pilates.

Aktiviti senaman ini turut dilakukan bersama suaminya, Datuk Hasridz Murshim Hashim Abdullah atau Acis yang juga merupakan pengarah muzik dan komposer terkenal. Acis yang turut aktif dalam sukan marathon, banyak berkongsi rutin senamannya bersama Sheila di studio Pilates menerusi platform media sosial peribadinya.



Pilates diperkenalkan oleh jurulatih kecergasan kelahiran Jerman, Joseph Pilates pada 1920 sebagai proses rehabilitasi tentera dan penari di England, sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat dan membuka studio Pilates pertama di New York pada 1923 bersama isterinya, Clara.

Seiring perkembangan di seluruh dunia termasuk di rantau Asia Tenggara, Pilates turut menarik minat rakyat Malaysia dan mula mencapai kemasyhuran beberapa tahun kebelakangan ini walaupun dikaitkan dengan kos latihan yang agak tinggi, bermula RM25/jam untuk seorang. -- Stadium Astro





#sheila majid #Pilates #Sheila Majid 40 Years In Music #Acis