SUKAN
Pimpinan Persatuan Ping Pong Selangor hantar aduan rasmi ke pejabat Hannah Yeoh
PPPS merayu agar Hannah Yeoh segera bertindak sebagai orang tengah untuk menyelesaikan kemelut tersebut secara adil dan mengikut lunas undang-undang. - Stadium Astro
BEBERAPA pemimpin Persatuan Ping Pong Selangor merayu kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, agar segera menyelesaikan isu berkaitan pengurusan persatuan tersebut yang didakwa telah melakukan proses pemgambilalihan secara tidak sah.
Ringkasan AI
Menurut Naib Presiden Persatuan Ping Pong Selangor, Datuk Dr Paul Lee Kok Sun, pemilihan terbaharu yang dilakukan tidak mengikut peraturan yang sepatutnya iaitu melalui Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).
Jelasnya, lebih membimbangkan badan induk kebangsaan iaitu Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) telah mengesahkan dan mengiktiraf kepimpinan baharu yang tidak sah ini, manakala Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) pula telah meluluskan pendaftaran mereka tanpa sebarang siasatan terperinci dan bertentangan dengan proses sah AGM.
"Sejak aduan rasmi dikemukakan kepada pihak PJS pada 7 Mei 2025, kami telah melakukan tujuh tindakan susulan termasuk penyerahan surat secara fizikal dan sidang media tergempar pada 3 Jun 2025.
"Namun sehingga kini, tiada sebarang maklum balas rasmi diterima daripada pihak berwajib," jelasnya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Tambahnya, PPPS merayu agar Hannah Yeoh segera bertindak sebagai orang tengah untuk menyelesaikan kemelut tersebut secara adil dan mengikut lunas undang-undang.
"Sekiranya tiada tindakan diambil dalam masa terdekat, Persatuan Ping Pong Selangor akan mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kemungkinan salah guna kuasa atau kecuaian serius yang berlaku," katanya lagi.
PPPS juga hari ini telah menghantar aduan secara rasmi ke Pejabat Menteri Kementerian Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Aduan tersebut juga telah diterima oleh wakil Hannah Yeoh, Muhammad Faiz Abdul Rahman, di Menara KBS, Putrajaya. -- Stadium Astro
Ringkasan AI
- Persatuan Ping Pong Selangor (PPPS) dakwa berlaku pengambilalihan tidak sah dalam pemilihan kepimpinan, yang tidak mengikut prosedur Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).
- PPPS gesa campur tangan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, selepas aduan rasmi kepada PJS tidak menerima maklum balas meskipun tujuh tindakan susulan dibuat.
- PPPS beri amaran akan bawa isu ke SPRM jika tiada tindakan segera, bagi menyiasat kemungkinan salah guna kuasa atau kecuaian dalam pengiktirafan kepimpinan baharu.
Menurut Naib Presiden Persatuan Ping Pong Selangor, Datuk Dr Paul Lee Kok Sun, pemilihan terbaharu yang dilakukan tidak mengikut peraturan yang sepatutnya iaitu melalui Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).
Jelasnya, lebih membimbangkan badan induk kebangsaan iaitu Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) telah mengesahkan dan mengiktiraf kepimpinan baharu yang tidak sah ini, manakala Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) pula telah meluluskan pendaftaran mereka tanpa sebarang siasatan terperinci dan bertentangan dengan proses sah AGM.
"Sejak aduan rasmi dikemukakan kepada pihak PJS pada 7 Mei 2025, kami telah melakukan tujuh tindakan susulan termasuk penyerahan surat secara fizikal dan sidang media tergempar pada 3 Jun 2025.
"Namun sehingga kini, tiada sebarang maklum balas rasmi diterima daripada pihak berwajib," jelasnya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Tambahnya, PPPS merayu agar Hannah Yeoh segera bertindak sebagai orang tengah untuk menyelesaikan kemelut tersebut secara adil dan mengikut lunas undang-undang.
"Sekiranya tiada tindakan diambil dalam masa terdekat, Persatuan Ping Pong Selangor akan mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kemungkinan salah guna kuasa atau kecuaian serius yang berlaku," katanya lagi.
PPPS juga hari ini telah menghantar aduan secara rasmi ke Pejabat Menteri Kementerian Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Aduan tersebut juga telah diterima oleh wakil Hannah Yeoh, Muhammad Faiz Abdul Rahman, di Menara KBS, Putrajaya. -- Stadium Astro

#Persatuan Ping Pong Selangor
#hantar aduan rasmi
#Kementerian Belia dan Sukan
#Hannah Yeoh
#isu berkaitan pengurusan persatuan
#emgambilalihan secara tidak sah