SUKAN
Pingat, trofi dicuri dari rumah Michel Platini berhampiran Marseille
Platini pernah memenangi anugerah Ballon d'Or sebanyak tiga kali dan membantu Perancis merangkul kejuaraan Eropah pada 1984. - Gambar fail/ Stadium Astro
PARIS: Seorang pencuri memecah masuk rumah bekas pemain bola sepak Perancis dan bekas Presiden UEFA, Michel Platini, sebelum melarikan pingat serta trofi miliknya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
Platini tersedar selepas terdengar bunyi di luar rumahnya berhampiran Marseille dan melihat seorang individu berpenutup kepala dan berpakaian serba hitam di luar tingkap kaca.
Selepas individu itu melarikan diri, beliau menyedari kira-kira 20 pingat dan trofi yang disimpan di bangsal taman telah hilang, menurut Pejabat Pendakwa Raya Awam Marseille.
Peguam Platini enggan mengulas mengenai kejadian itu. Menurut laporan media, legenda bola sepak Perancis itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Platini pernah memenangi anugerah Ballon d'Or sebanyak tiga kali dan membantu Perancis merangkul kejuaraan Eropah pada 1984. Beliau kemudiannya membimbing pasukan kebangsaan Perancis sebelum memegang jawatan Presiden UEFA (Kesatuan Bolasepak Eropah) dari 2007 hingga 2015.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Rumah bekas pemain bola sepak Perancis dan bekas Presiden UEFA, Michel Platini, di Marseille dipecah masuk oleh pencuri yang melarikan kira-kira 20 pingat dan trofi miliknya.
- Platini tersedar selepas terdengar bunyi dan melihat individu berpakaian serba hitam di luar tingkap; beliau tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut.
- Platini merupakan pemenang Ballon d'Or sebanyak tiga kali dan pernah mengetuai pasukan kebangsaan Perancis serta memegang jawatan Presiden UEFA dari 2007 hingga 2015.