awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pintu sentiasa terbuka buat Messi, Scaloni harap Messi beraksi di Piala Dunia 2026

Astro Arena
Astro Arena
11/01/2023
02:30 MYT
Pintu sentiasa terbuka buat Messi, Scaloni harap Messi beraksi di Piala Dunia 2026
Messi juga menjadi orang pertama memenangi dua Bola Emas kerana dia memberi inspirasi kepada pasukannya dalam apa yang dikatakannya sebagai Piala Dunia terakhirnya. - Foto fail/Stadium Astro
LIONEL Scaloni telah memberitahu Lionel Messi 'pintu akan sentiasa terbuka' untuk kapten Argentina itu bermain di Piala Dunia 2026.
Messi bulan lalu memperoleh trofi yang sangat diingininya, menjulang Piala Dunia di Qatar berikutan kemenangan ke atas Perancis dalam perlawanan akhir yang mendebarkan.
BACA: Argentina tundukkan Perancis, julang Piala Dunia selepas 36 tahun
Penyerang Paris Saint-Germain itu menjaringkan dua gol dalam keputusan seri 3-3 untuk menjadikan jumlah keseluruhannya untuk kejohanan itu kepada tujuh gol dan turut menjaringkan gol dalam penentuan sepakan penalti ketika Argentina menumbangkan Les Bleus.
Messi, 35, juga menjadi orang pertama memenangi dua Bola Emas kerana dia memberi inspirasi kepada pasukannya dalam apa yang dikatakannya sebagai Piala Dunia terakhirnya.
Piala Dunia Qatar: Saya mahu terus beraksi sebagai sang juara - Lionel Messi
Messi bakal menghampiri 40 tahun ketika Argentina mempertahankan kejuaraan dalam saingan yang dipertandingkan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico pada 2026, tetapi ketua jurulatih, Scaloni, masih belum berputus asa dengan harapan untuk menyenaraikan penyerang itu.
“Saya rasa Messi boleh ke Piala Dunia seterusnya,” katanya. “Ia akan banyak bergantung pada apa yang dia mahu.
"Pintu akan sentiasa terbuka. Dia gembira di atas padang dan ia sangat bagus untuk kami." - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Piala Dunia
#Lionel Messi
#Lionel Scaloni
#kapten Argentina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan