awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PLBM belum muktamad atlet ke Kejohanan Piala Dunia 2025

Bernama
Bernama
22/07/2025
04:40 MYT
PLBM belum muktamad atlet ke Kejohanan Piala Dunia 2025
Persekutuan Boling Padang Malaysia masih belum memuktamadkan atlet mana yang akan beraksi pada kejohanan Piala Dunia Boling Padang 2025, yang akan berlangsung di tanah dari 4 hingga 8 Nov, kata Awalan. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM) masih belum memuktamadkan atlet mana yang akan beraksi pada kejohanan Piala Dunia Boling Padang 2025, yang akan berlangsung di tanah dari 4 hingga 8 Nov.
Presidennya, Datuk Awalan Abdul Aziz berkata, masing-masing 10 atlet lelaki dan 10 wanita akan dipilih untuk disenarai pendek kepada lima lelaki dan lima wanita, bagi menyertai kem latihan sebagai persediaan untuk beraksi di kejohanan berprestij tersebut.
Beliau berkata, kesemua 10 atlet berkenaan akan sekali lagi dinilai prestasi mereka di kem latihan berkenaan, sebelum memilih tiga atlet lelaki dan tiga atlet wanita untuk membawa cabaran negara ke Piala Dunia.
"Dalam keadaan sekarang kita ada atlet yang pernah menjadi nombor satu dunia iaitu Nor Farah Ain Abdullah yang masih cedera, kita masih belum tahu keadaan dia mampu atau tidak untuk sertai Piala Dunia.
"Jadi kita pilih atlet ke kejohanan itu berdasarkan prestasi, siapa yang terbaik kita hantar ke Piala Dunia, berdasarkan kepada merit," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Minggu lepas media tempatan melaporkan, Nor Farah Ain telah kembali menjalani latihan selepas dua bulan berehat akibat kecederaan bahu kanan.
Sebagai rekod, baru-baru ini skuad boling padang negara mencipta sensasi apabila berjaya merampas semula gelaran juara keseluruhan Piala Lion City 2025 yang berlangsung di Singapura pada 12 Julai.
Pada kejohanan berlangsung di Kallang Lawn Bowls Green dan Tanglin Club itu, skuad negara membawa pulang tiga pingat emas, satu perak dan enam gangsa, sekali gus muncul juara keseluruhan berdasarkan kutipan pingat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persekutuan Boling Padang Malaysia
#PLBM
#Piala Dunia Boling Padang 2025
#Awalan Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan