[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

Pliskova juarai WTA Terbuka Malaysia

Astro Awani 04/03/2013 | 05:26 MYT
Karolina Pliskova bangkit dari kekalahan set pertama sebelum mengatasi Bethanie Mattek-Sands untuk bergelar juara. Ia juga gelaran sulung buat pemain Republik Czech itu dalam jelajah WTA Terbuka Malaysia BMW 2013.
Berlangsung di Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC), Mattek-Sands turun sebagai pilihan.
Wakil Amerika Syarikat itu mempamer aksi bertenaga untuk memperoleh kemenangan mudah enam-satu.
Pliskova bagaimanapun bangkit dengan corak permainan lebih kemas dalam set berikutnya.
Pemain berusia 26 tahun itu memberikan tentangan hebat kepada Mattek-Sands merampas set berkenaan dengan keputusan tujuh-lima.
Saingan set penentuan kemudian ditangguhkan sementara akibat hujan.
Selepas disambung semula Pliskova mengekalkan rentak cemerlangnya, menutup pertemuan itu dengan kemenangan enam-tiga.
Juara acara beregu pula menjadi milik gandingan Shuko Aoyama dan Chang Kai-Chen.
Mereka menewaskan Janette Husarova-Zhang Shuai dalam pertarungan tiga set 6-7, 7-6 dan 14-12.
#Karolina Pliskova #tenis #WTA Terbuka Malaysia BMW 2013